Skip to main content

Dijemput Allah Kembali Ke Kampung Abadi...

Sedang dalam tugasan rasmi di luar kawasan nun di utara sana mendapat perkhabaran mendukacitakan...perginya buat selama-lamanya kenalan rapat, staf akademik di Fakulti Sains Sumber Alam (FSSA) nama asalnya sebelum penggabungan Fakuti Sains dan Teknologi, dan Pusat Pengajian Sains Sumber Alam selepas penggabungan...tahun 1999 semasa saya bertugas di sini. Kini, 2024 dengan nama Jabatan Sains Bumi dan Alam sekitar.

Saya dapat khabar sedih ini daripada Kak Ze kenalan rapat yg juga mmg rapat dgn arwah. Melalui Kak Ze la juga saya kenal dan jadi rapat dgn arwah...Kak ze ni dulu bertugas di FSSA dan arwah pada masa itu adalah ahi akademik di FSSA.

Allah terkejut dan rasa sedih sangat kenangkan seorang demi seorang insan yang dikenali dijemput Allah. Perasaan sayu terbuku di hati...disimpan dua hari dalam hati sebelum ianya diluah dan dititipkan di sini. Malam ini baru berkesempatan menulis..inipun sebenarnya dah lewat mlm...dah pagi ni sebenarnya...1.20am. Kekangan masa dengan kesibukan yang tak blh bawa bincang.

Arwah Dr. Khairiah Jusoh dijemput Allah pada 4 Mac 2024 bersamaan dengan hari Isnin. Beliau kena stroke selama 8 hari dan pergi buat selamanya. Saya jangka umur arwah dalam lingkungan 65 tahun rasanya. Jasad arwah disemadikan di Shah Alam dekat dengan rumah anak saudaranya.

Saya sangat baik dengan arwah, kebetulan arwah juga orang dari negeri Cik Siti Wan Kembang...sama kapal...kecek kelate sokmo dengan arwah. Selepas saya tinggalkan fakulti, hanya sesekali saja terserempak dgn arwah...mmg sgt jarang bertemu.

Arwah ni baik orangnya...cantik orangnya...senyum sokmo kalu kecek. Arwah memilih hidup seorang sehingga ke akhir hayat...

Tak sangka saya arwah pergi lebih awal...Allahu, ajal maut ini di tangan Allah...bila sampai waktunya...kita akan pergi tinggalkan dunia.

Dr. Khairiah,

Selamat jalan Dr...semoga Dr tenang di sana dan ditempatkan bersama orang2 beriman di sisi Allah. InsyaAllah nanti kita berkumpul dan bertemu di sana...

Segala kenangan dan memori bersama Dr. masih segar di ingatan saya. Kekal bersemadi dlm hati saya selamanya.

Moga anak2 murid Dr. akan sentiasa mendoakan Dr dan mengirim doa buat Dr. Walau tiada zuriat Dr. untuk mendoakan, namun Dr. ramai melahirkan anak didik yang akan mengamalkan ilmu dan didikan Dr yang pahalanya akan mengalir berterusan buat Dr..

Bangunan Biologi di bangunan sains hayat menjadi kenangan tempat menemukan kita. Banyak kenangan saya di situ...termasuk kenangan yang dipahat bersama Dr. Bila dikenang mmg rasa sayu.

Al-Fatihah buat Dr. Khairiah...

Selamat jalan...

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...