Skip to main content

Hey Mat...Boss dah tahu rupanya..

Melayan mata yang belum nak lena..

Datang idea untuk menulis, buka phone dan masuk ke blog.

Nak share satu kisah ni..kebetulan baru2 ni terbaca kisah viral anak seorang pelakun yang kawin sorok di Siam..maka automatik datang lagi la di fikiran saya tentang seseorang ni yang nikah sorok di Siam ni...aduhhh gangguan betul la...

Skrg ni tak pasti la masih sorok lagi atau dah declare dan dah daftar kat sini...cumanya sama ada dia dah declare atau dah daftar kat sini..bukan urusan saya...saya juga tak berminat untuk tahu...perasaan nak ambik tahu atau nak dgr cerita ttg dia dah hilang...dah mati. Ko lantak la Mat..cerita ko..ko kayuh la macamane pun.

Cumanya bila setiap kali kisah viral nikah sorok di Siam ni ada di media sosial..maka cerita mamat ni la juga yang datang ke fikiran saya...penat juga penangan mamat ni...

Dia ingat dia dah bijak la menyembunyikan kisah pernikahannya di Siam...rupanya boss sendiripun dah tahu...aduhaiii...heii Mat, tak payah la awak nak acah2 baik sgt la...awak punya cerita awak punya perangai awak punya cara kerja tu dah dlm pengetahuan boss. Ko hadap la nanti apa kesudahan persepsi dan stigma untuk ko. 

Cuma boss ko buat diam aje sbb tu hal personal ko...tapi atleast dlm pemikiran boss dah pasti ada tanggapan dia pada ko...justeru, berjaga2 saje la supaya penipuan ko tu atau kisah peribadi ko tu tak beri kesan pada kerja ko...jgn byk hilang sangat masa waktu kerja pergi rumah isteri muda...mlm ko di rumah elok aje la kan..konon suami yg baik..siang la ko pulun ke rumah isteri muda/isteri sorok. Aduhai penat la kalau aku jadi ko...sorok dan tipu kiri kanan. Ko mungkin tahu kan dlm peraturan perkhidmatan, seorang penjawat awam blh dikenakan tatatertib kalau pecah tembelang nikah sorok di siam dan perkahwinan tidak didaftarkan di sini. Ko dah kenapa sebenarnya...boleh sampai tahap mcm ni ko biarkan diri ko lagho...hadoi la...

Terkejut juga bila dpt tahu boss nya dah tahu perangai Pengurusnya yg nikah sorok di Siam ni..aduhai..dari mana boss nya tahu pun saya tak pasti...

Berbisik di hati saya...bila Allah nak bongkarkan sesuatu tentang diri kita, walau kita sorok camane sekalipun tetap terbuka juga. Jadi pengajarannya, dalam hidup ni tolong lah bersikap jujur...jangan menipu. Kelak memakan diri.

Benda pun dah jadi..dah nak masuk 10 tahun nikah sorok ni...nak ngundur pun dah tak boleh...hadap aje la...kalau masih blh tenang dgn hidup yang penuh penipuan ni..aku mmg salute la mat. Hebattt betul ko.

Aduhai...life ni...begitu sekali tahap manusia boleh pergi ya...manusia yg terlalu merajakan nafsu dan bila akal letak kat kepala lutut..ini la jadinya...

Just nak tanya soalan saje...dok eh, senang dan tenang ke hidup ko ni bila hidup dalam tipu2 dan sorok2 macam ni..ko dah kenapa ya...senang ke hidup ko bila sorang demi sorang tahu cerita ko nikah di Siam ni sdgkan dlm masa yang sama ko ingat tiada orang yang tahu...hey Mat, ni den nak cakap ni...tahun 2017 lagi org berckp tentang ko kawin dua...tapi ko masa tu buat lembu kenyang mcm cerita tu salah...tahun 2019 pula sahih rupanya cerita ko ni..tapi masih buat lembu kenyang macam nothing happen..fuhhh kental sungguh hati ko mat. Hilang respect den pada orang mcm ni!

Nak kata menyesal kenal pun..dah tak menasabah..sbb Allah dah atur dan susun..redha saja la. Ada hikmah Allah di sebalik setiap kejadian...

RZH

Nota: Maaf lah kalau bahasa agak kasar dalam penulisan ni..mmg itu saja bahasa yang layak untuk orang penipu macam ni..org yang selfish.

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe