Skip to main content

Tiada Batasan Dalam Pemikiran..Namun Fikirkan Natijahnya!.

Sekian lama tidak menjenguk ke blog due pelbagai kekangan. Tersedar di awal dinihari ini menarik rasa untuk menulis ringkas. Lantas blog dijenguk untuk menitip sesuatu yang hadir mengetuk minda.

Sebagai manusia, tiada batasan kepada pemikiran kita. Pemikiran kita boleh menjangkau apa jua yang ingin kita fikirkan. Baik atau jahat pemikiran kita bergantung kepada sejauhmanakah baiknya hati kita...keimanan kita.

Sekadar bercakap tentang pemikiran. Tiada keterbatasan dalam berfikir. Namun kita perlu melihat kepada kesan daripada pemikiran dan perbuatan kita...baik dan buruknya. Walau tiada batasan, namun perlu lihat kepada natijahnya, dosa dan pahalanya. 

Jika pemikiran kita terbatas kepada perkara yang baik2 sahaja, maka alhamdulillah kita masih lagi memegang kukuh iman kita kepada Allah. Kita masih lagi ingat bahawa segala sesuatu itu milik Allah...hanya dipinjamkan sekejap cuma kepada kita. Sampai ketika akan diambil semula. 

Jika pemikiran kita menjangkau seluas-luasnya tanpa batasan kepada perkara-perkara jahat, maka kita sebenarnya hanya secara zahirnya saja mengaku beriman kepada Allah, tetapi secara hakikatnya kita tidak memegang kepada keimanan kita terhadap Allah. Sehingga kita lupa bahawa kita ni hamba Allah...kita lupa peranan sebagai hamba Allah...kita lupa bahawa apa jua yang kita fikirkan dan rancangkan itu, tidak akan berlaku tanpa keizinan Allah.

Terkadang kita merasakan kita lah yang paling hebat, paling "berkuasa" sehingga kita lupa siapa kita, di mana asal usul kita dan mengapa kita ada dalam dunia ini. Ingat...kita semua adalah hamba Allah...khalifah Allah di muka bumi ini yang dijadikan daripada tanah untuk melaksanakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Tiba masa kita dijemput kembali kepada Allah dan akan dihitung segala amalan dan perbuatan kita...jasad kita akan kembali kepada tanah jua...

Ingatkan diri selalu bahawasanya kita tidak punyai apa-apa melainkan semuanya milik Allah...jika Allah ingin menariknya, segala apa yang ada pada kita akan diambil dalam apa jua cara yang Allah tentukan. Justeru, usah begitu mudah kita alpa dan mendabik dada, berlagak sombong dengan pemilikan yang bukan hak kita.

Kehidupan akhir zaman ini sangat penuh dengan kecelaruan. Kecelaruan antara baik dan buruk, yang tersurat dan tersirat, dan yang paling ditakuti adalah tahap kegilaan kepada dunia menjadikan manusia hipokrit, tidak beradab dan tidak bermaruah sehingga manusia lupa akan pembalasan yang Allah janjikan. 

Juga ditakuti jika kita termasuk dalam golongan orang2 yang luarannya kelihatan sangat baik, sedangkan hakikatnya kita bersandiwara demi kehidupan dan tuntutan kuasa di dunia. Risau jika hati kita tidak Allah kejutkan dan kita terus selesa dan seronok dengan kejahatan demi kejahatan yang kita lakukan...risau hati kita terus hitam dan gelap...

Kerna itu, Allah telah menyebut bahawa dunia akhir zaman ini akan penuh dengan kejahatan yang bermaharaja lela, kepura-puraan, penipuan, perebutan kuasa dan segala perbuatan yang penuh dengan dosa. Allahu..takut sebenarnya nak melalui kehidupan di akhir zaman ini kerana bimbang terjerumus kepada perkara-perkara mungkar.

Justeru, sama2 mengingatkan diri bahawa hidup kita ini tidak selamanya kita akan berkuasa, tak selamanya kita akan menongkat langit. Tiba masa semua itu akan pergi daripada hidup kita dan kita akan mendapat balasan atas apa jua yang kita lakukan. Jangan kita rasa terlalu selesa dengan kejahatan yang kita lakukan kerana nanti bila tiba masa Allah memberikan pembalasan, tidak termampu diri untuk menghadapinya. Hanya masa jua yang menentukan..lambat atau cepat saja. 

Sekadar coretan setelah sekian lama tidak menulis. Semoga penulisan ini bermanfaat buat semua.

Wassalam.


RZH.




Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe