Skip to main content

Belenggu yang mencengkam...

Semua orang pasti melalui saat2 getir dalam kehidupan. Saat yang pasti akan meninggalkan kesan dan trauma yang mendalam pada diri. Saat yang pasti memberi pengajaran dan pengalaman yang tidak mungkin mudah untuk dilupakan.

Bila sesuatu sangat meninggalkan kesan pada diri, sudah pasti setiap perkara yang membawa kepada kenangan yang sama akan memberikan rasa trauma yang sangat sukar untuk dikendalikan oleh hati dan perasaan. Bila ianya sukar untuk dikemudikan, makanya rasa pedih dan sakit yang lalu akan singgah dan menakluki segenap rasa. Trauma lalu mencengkam dan membelenggu segenap ruang yang ada, sehinggakan rasa marah dan tawar hati saja yang mendominasi.

Bila diri dicengkam trauma yang lalu sukar sekali instinct yang hadir hendak ditolak mentah. Seakannya terasa instinct itu membawa 90% kebenaran...Allahu, bagaimana hati tak rasa sakit!

Bila kita berada dlm keadaan trauma yang berulang...kita sebenarnya "sakit"...sakit dlm erti kata kita tidak mampu untuk menghalang diri dari bayangan lepas. Bila tempat dan situasi sama kita lalui, maka kita akan terus membayangkan dan merasakan bahawa "perkara itu dia ulang dan dia lakukan lagi. 

Bahaya kepada trauma ini adalah, ia boleh menjejaskan kesihatan diri...membawa kemurungan yang tidak berpenghujung dan meragut rasa bahagia dalam hati. Dan akhirnya memusnah sistem imunisasi diri.

Trauma lalu akan terus membawa hati untuk terus bersyak wasangka bila kita berada di situasi sama...mungkin dia tak buat...tapi kita rasa instinct kita sangat tinggi mengatakan dia buat dan dia tak berubah...akhirnya kita memilih untuk jauhkan diri, buat tidak peduli dan putuskan komunikasi! Trauma lalu  menjadikan hati terus-terusan sakit!

Justeru, pesanlah pada diri...belajar lah melupakan masa lalu yang pedih kerana selagi ia membelenggu diri, selagi itu hati akan sakit dan lama-kelamaan memakan diri.

Sekadar perkongsian ringkas.

Salam Hormat

RZH




Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...