Skip to main content

Salam Tahun Baharu 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera
buat semua yang sudi singgah di blog anggerikdesa...

Sekian lama sebenarnya tidak menulis...tulisan terakhir yang di postkan di sini adalah pada 14 April 2017. Begitu cepat masa berlalu, rupanya sudah lebih setahun penulisan terhenti..tak sangka pulak diam tak diam masa berlalu begitu pantas. Saya sebenarnya menyambung semula tulisan ini yang terhenti pada Januari 2018 yang lalu..kerana itu tajuk pada post ini saya kekalkan sebagai "Salam Tahun Baharu 2018", walaupun saya sambung menulis pada akhir Julai 2018..hehehe

Sudah pasti akan ada sebab musabab atas apa jua yang berlaku..semua kejadian dalam kehidupan kita tetap akan berlaku jua sama ada kita merancang ataupun tidak. Sudah pasti, hakikatnya apa yang kita rancang ianya berlaku dan apa yang kita tidak rancang ianya tetap berlaku jua...kerana apa...kerana segala apa yang berlaku di dunia ini datangnya dengan ketentuan Dia yang maha kuasa..dengan izinnya semua perkara tetap akan berlaku.

Justeru, tips utama dalam hidup ini yang perlu kita selalu letakkan dalam diri adalah:

1. Rancang apa jua yang kita ingin lakukan.
2. Sentiasa ada back-up plan atau alternative option
3. Sentiasa memikirkan pros and cons atas segala apa yang kita lakukan.
4. Bersedia dengan apa jua kemungkinan atau risiko atas setiap apa yang dilakukan.
5. Redha dengan apa jua yang berlaku selepas setiap kejadian.
6. Hindari perasaan 'menyesal' atas apa yang telah dilakukan sekiranya kita telah berfikir baik buruk terhadap tindakan itu.
7. Terima kesilapan kita dengan niat ingin memperbaiki segala kelemahan yang dikenalpasti.
8. Tidak perlu menyalahkan orang lain dalam apa jua situasi.
9. Doa yang berterusan semoga Allah sentiasa memberikan kita petunjuk dan mempermudahkan segala apa yang dilakukan.

Kehadiran tahun 2018 ini perlu disambut dengan tangan yang terbuka, diri yang sentiasa bersedia, fikiran yang sentiasa positif, dan kesihatan yang sentiasa dijaga. Selamat datang 2018...semoga sinar kebahagiaan sentiasa bersama...keberkatan daripada Allah dalam melalui kehidupan ini sangatlah penting...makanya atas apa jua perkara dan urusan juga tindakan berdoalah selalu agar sentiasa dalam keberkatan-Nya.

Pada setiap tahun apabila memasuki tahun baharu semua orang akan set kan KPI masing-masing untuk dicapai sepanjang tahun selama 12 bulan, dari Januari sehinggalah ke bulan Disember. KPI adalah Key Performance Index atau Petunjuk Prestasi Utama...apa pula maksudnya di sebalik kata-kata itu...KPI pada pemahaman saya adalah sesuatu yang ingin kita capai, apa yang kita set kan untuk dicapai sebagai sesuatu yang boleh kita anggap sebagai kejayaan dalam kehidupan kita. KPI ini perlulah specific, boleh diukur, boleh dicapai, realistik dan mempunyai tempoh masa. Konsep SMART iaitu, Specific, Measurable, Achievable, Realistic, dan Time Bound.

KPI ini secara mudahnya adalah sesuatu yang kita setkan untuk menuju destinasi/halatuju yang kita nak fokuskan. Tanpa destinasi dan tanpa halatuju memang kita tak akan bergerak ke mana..tidak akan maju ke depan, tidak akan belajar dari kesilapan dan sudah pasti tidak ada penambahbaikan yang boleh dibuat untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

Bagi kakitangan kerajaan, ada pekeliling khusus dikeluarkan oleh kerajaan berkaitan dengan pelaksanaan KPI, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/2015 yang berkuatkuasa pada tarikh ianya dikeluarkan iaitu pada 7 April 2015 yang menyatakan mengenai garis panduan mengenai langkah-langkah mewujudkan KPI dan melaksanakan pengukuran prestasi di jabatan masing-masing.

Secara ringkas saya petik daripada pekeliling ini mengenai prinsip-prinsip asas pengukuran prestasi di agensi kerajaan. Saya kongsikan di sini untuk sama-sama kita mengambil maklum dan mempraktikkannya.

PRINSIP-PRINSIP ASAS PENGUKURAN PRESTASI DI AGENSI KERAJAAN:

Lima (5) Pelaksanaan pengukuran prestasi di agensi Kerajaan adalah berlandaskan prinsip- prinsip asas berikut:

(a) Pengukuran prestasi di agensi Kerajaan adalah bagi menilai kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. 

(b) Tumpuan pelaksanaan pengukuran ini adalah kepada perkhidmatanperkhidmatan utama yang disampaikan oleh agensi kepada pelanggan. 

(c) Perkhidmatan-perkhidmatan utama ini diukur dari segi proses menghasil dan menyampaikannya kepada pelanggan serta tahap kepuasan hati pelanggan terhadap perkhidmatan-perkhidmatan yang dihasilkan ini. 

(d) Sebagai permulaan, pelaksanaan pengukuran di agensi Kerajaan dibuat berasaskan proses semasa agensi. 

(e) Pelaksanaan pengukuran prestasi memerlukan agensi mewujudkan KPI dan menetapkan sasaran prestasi sebagai asas membuat pengukuran. 

(f) Sasaran prestasi yang ditetapkan hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut: 

    (i) Keupayaan proses yang meliputi aliran kerja, keperluan sumber manusia,          kewangan, peralatan, infrastruktur dan persekitaran yang sesuai untuk              menghasilkan perkhidmatan kepada pelanggan. 

   (ii) Kehendak, ekspektasi dan maklum balas daripada pelanggan.

(g) Sasaran prestasi yang ditetapkan untuk mengukur KPI hendaklah memenuhi ciri-ciri SMART (iaitu specific, measurable, achievable, realistic, time bound atau spesifik, boleh diukur, boleh dicapai, realistik dan mempunyai tempoh masa). 

(h) Pengukuran, penilaian, pemantauan dan tindakan penambahbaikan perlu dijalankan secara berterusan. 

(i) Perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan perlu dikaji semula secara berkala untuk memastikan ianya terus relevan dan berkesan. 


Justeru, sama-samalah kita berusaha untuk menambahbaik prestasi kita berdasarkan apa yang digariskan ini. Semoga perkongsian ini bermanafaat untuk semua, termasuk juga diri saya...semoga tahun 2018 akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya....ameen

Salam Hormat

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe