Skip to main content

Resepi Sedapzaini: Chocolate Chip Butter Cookies




















Dah lama rupanya saya tidak menjenguk ke blog. Kesibukan masa dan sedikit 'keletihan' menjadikan saya tak sempat untuk menulis...banyak pengalaman-pengalaman yang ingin dikongsikan sebenarnya...tak mengapa, ada ruang dan masa nanti saya konsikan satu persatu ya.

Petang ni sekadar nak menitipkan resepi buat butter cookies ni. Sebenarnya minggu lepas saya dah buat cookies ni tapi tak sempat nak share..biskutpun dah habis....hari ni boring dan tak tahu nak buat apa, makanya buat lagi. Saya seronok baking membaking ni, nak2 cookies ini yang sangat mudah sekali disediakan. Tak perlu guna mixer bagai, guna sudip biasa atau spatula saja...tapi perlu ambil maklum ya, cookies ni dia bukan jenis rangup macam biskut raya tu...biskut ni rangup campur lembut ala kek di bahagian tengahnya...kerana itu biskut ni sesuai untuk minum petang...meh saya kongsikan cara buatnya.

Bahan2:
1. Butter dua cawan dicairkan. Lebih kurang satu buku dan suku butter tu yer. Saya guna Buttercup.
2. Gula perang dua cawan dan gula putih satu cawan. Boleh kurangkan kalau tak suka manis.
3. Telur 4 biji.
4. Esen vanila satu sudu kecil
5. Tepung naik sendiri 5 cawan. Kalau adunan agak lembik, tambah setengah cawan saja lagi tepung. Jgn lebih ya. Adunan ni mmg jenis lembik, that's why kita kena letak dlm peti sejuk sat sebelum bakar...letak dlm 15 minit saja.😀
6. Chocolate Chip 2 cawan.

Cara2 Membuatnya:

1. Cairkan butter.
2. Semasa butter masih panas-panas tu, campurkan gula perang dan gula putih serta butter yang cair tadi dalam bekas. Kacau dalam 10 minit  atau lebih.
3. Masukkan telur dan esen vanila. Kacau dalam 5 minit. Guna sudip saja.
4. Kemudiannya masukkan tepung. Kacau sebati.
5. Akhir sekali masukkan chocolate chips. Kacau rata.
6. Dah siap, masuk dlm peti sejuk sekejap. Sambil tu dah boleh panaskan oven.
7. Set suhu oven pada suhu 190C, api atas bawah dan bakar selama 15 ke 17 minit. Tengok jenis oven ya. Biskut ni bukan jenis rangup macam biskut raya tu, jadi bila dah nampak perang memang dah kena angkat...sebab memang kat tengah biskutnya perlu dikekalkan lembutnya tu...
8. Bentukkan adunan atas dulang pembakar. Guna dua sudu ya😂. Jangan risau sgt bentuknya, asalkan nampak bulat aje dah ok. Nanti bila bakar dia akan meleper dlm bentuk bulat..mcm biskut chipsmore yg kita beli kat kedai tu.
9. Dah siap bakar nanti, sejukkan dulu baru simpan dalam balang ya. Ini bagi tujuan mengekalkan kerangupan cookies ni. Tapi perlu ingat ya...cookies ni mmg jenis tak rangup rapuh mcm cookies biasa tu..ini kat tengahnya lembut mcm kek cket...

Saya kongsi beberapa keping gambar masa membuat tadi untuk tatapan semua ya. Biasanya kita semua ni bila tengok gambar akan lebih bersemangat dan bermotivasi untuk buat kan....






Saya pasti anda akan suka dengan cookies ni. Anak2 saya memang sangat suka sebab rasanya memang sedap...hehe...Mr. Husband tak suka sangat cookies cookies nih...orang lelaki kan mana suka sangat benda2 cam gini kan...tapi dia layan juga la sekeping dua.....okey semua selesailah sudah citer kita pasal cookies ni....maka boleh nanti dihidangkan untuk minum pagi di pejabat dan minum petang di rumah bersama famili...

Salam hormat

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe