Skip to main content

Kesabaran itu menjanjikan kemenangan dalam diam...

Dalam hidup ini, kita akan sentiasa melalui suka dan duka, pahit dan manis dalam kehidupan. Segalanya itu adalah ujian Allah buat hambanya. Ujian datang dalam pelbagai bentuk...Allah berikan ujian kerana Dia masih sayangkan hambanya...ingin hambanya terus mengingati Dia...terus berdoa kepada-Nya dan mengadu pada-Nya atas segala keluh kesah....

Percayalah, setiap apa yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Sebagai hamba yang lemah...kita seharusnya perlu sentiasa akur dengan ketentuan-Nya....sentiasa redha...dan untuk mengubat segala keperitan yang dilalui itu....berdoa dan mengadulah kepada Dia....dan sematkanlah dalam hati...akan tiba suatu ketika nanti....sinar kebahagiaan akan menjelma....andai kita terus bersabar dan redha...Allah tetap akan memberikan jalan untuk meleraikan segala rasa itu...dan andai masa itu tiba nanti...itulah kemenangan yang Allah janjikan kepada kita atas kesabaran yang kita pertahankan.

Memang diakui melalui saat getir dan saat duka itu...sangat pedih...bagai pisau menghiris di kalbu...pedihnya terasa sampai ke jantung. Andai tiada iman di dada...sudah pasti jalan singkat akan dipilih.

Saat melalui rasa getir ini...banyakkanlah beristigfar kepada Allah...perbanyakkan doa dan solat...perbanyakkan berzikir....berdoa dan terus berdoa.....akan terbentang jalan kebahagiaan buat kita...InshaAllah!

Namun hati mesti kuat...mental mesti kuat....kesabaran mesti tinggi...keinginan untuk mendapat jalan kebahagiaan daripada Allah mesti sentiasa dihangatkan...Allah sentiasa mendengar permintaan hambanya...berdoa dan terus berdoa...dalam apa jua situasi percayalah dan yakinlah hanya Allah yang boleh memberikan jalan keluar kepada kita...dan meleraikan segala kekusutan kita.

Saat itu tetap tiba dalam hidup kita....yang perlu kita lakukan adalah terus berdoa agar Allah makbulkan hajat di hati dan memberkati kehidupan kita semua...memeberi kebahagiaan berpanjangan di dunia dan akhirat


Salam Hormat,
RZH




Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe