Dalam perjalanan hidup ini, kita sering diingatkan bahawa setiap sesuatu yang telah ditakdirkan untuk kita pasti akan menjadi milik kita pada waktunya. Takdir bukanlah sesuatu yang boleh kita percepatkan atau lambatkan dengan keinginan semata-mata. Ia datang dengan aturan yang telah disusun dengan penuh hikmah oleh Allah SWT. Kadangkala kita melihat orang lain melangkah lebih laju, mendapat kedudukan lebih tinggi atau menerima penghargaan lebih awal. Namun hakikatnya, setiap orang mempunyai jalan dan waktunya yang tersendiri. Apa yang menjadi milik kita tidak akan tertukar, dan apa yang bukan untuk kita tidak akan dapat kita miliki walau sekuat mana kita mengejarnya. Oleh itu, daripada terlalu memikirkan tentang kedudukan atau ingin cepat naik dalam sesuatu perkara, lebih baik kita memberi tumpuan kepada amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita pada hari ini. Bekerja dengan ikhlas adalah asas kepada setiap usaha yang diberkati. Apabila sesuatu kerja dilakukan deng...
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"