Skip to main content

Udang Goreng Special Bersalut Cili...

Tiga empat hari lepas saya masak udang goreng simple bercili ni. Memang mudah untuk disediakan bila kita hanya mempunyai masa yang terbatas untuk menyediakan lauk untuk lunch or dinner...atau bila kita rasa malas untuk memasak..maka pilihlah menu ni...boleh dibuat untuk ikan, sotong, telur, ayam, dan sebagainya mengikut citarasa masing2.

Masa ni saya kebetulannya penuh meeting online pagi dan petang. Masa break untuk meeting sebelah petang tu agak pendek, makanya saya just masak simple tapi menunya tetap memenuhi citarasa seisi keluarga.

Jom kita tengok bahan2nya:
1. Udang dalam 25 ekor
2. Bawang holland satu labu dimayang
3. Bawang putih 3 ulas ditumbuk kasar
4. Cili api tiga empat tangkai dipotong halus.
5. Satu sudu cili giling
6. Satu sudu sos cili
7. Satu sudu sos tiram
8. Garam dan gula secukup rasa
9. Kunyit serbuk
10. Minyak untuk menumis dan menggoreng.

Cara2:
1. Bersihkan udang, potong sedikit bhgn kepala, bhgn ekor biarkan saja.
2. Udang gaulkan dengan garam kunyit.
3. Panaskan minyak, dan goreng udang sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
4. Dalam kuali yang sama, dengan sedikit minyak,  tumis bawang putih dan bawang holland. Bila dah garing, masukkan cili giling, sos cili, sos tiram dan cili api yang telah dipotong, masukkan udang, garam gula secukupnya. Masakan ini perlu gula yang sedikit lebih untuk balance kan dgn pedasnya..Goreng dlm beberapa minit dan boleh diangkat.

Maka siaplah menu kita dan boleh dihidangkan. Rasanya yang kering2 bersalut cili dengan rasa manis2 pedas...memang special dan sedap!


Salam Hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...