Skip to main content

Masak Megi Special Sedap!

Pernah berlaku tak bila kita dah tak ada idea dan dah tak tahu nak makan apa dah...dan bila selerapun tiba2 rasa "sebu"...hilang selera untuk makan dan tiba2 kita craving for megi...😁

Itu la dia, pasti akan ada rasa sesekali kita rasa kita nak something like maggi..kadang2 juga megi ni menggamit rasa rindu kita pada sesuatu yang sesuatu itu hanya kita yang tahu...wahhh gittchewww...

Hokeylah tak mahu intro panjang2 sangat...gis nya cuma nak sebut teringat nak makan megi dan teringat satu kenangan yang pernah dilewati tentang kisah makan megi dan kenangan itu telah lama berlalu...walau tidak pernah berlalu dari hati...

Back to cerita megi tadi, pasti masing2 ada cara masing2 memasak megi kan..ada yang suka rendam air panas dan masukkan rencahnya dan done...ada yang suka ianya dimasak , ditumis bawang dan dimasukkan rencah seperti sotong, udang, telur, ikan bilis dan sebagainya...saya juga tidak terkecuali..kedua2nya saya suka..ikut mood masa tu...

Cuma untuk keinginan rasa kali ini, saya ingin yang ditumis dan lengkap dengan rencah bagai.

Justeru.....
Saya kupas dua ulas bawang merah dan seulas bawang putih..bawang merah saya mayang dan bawang putih saya just ketuk2 saje. Masuk minyak sedikit saja dlm kuali, tumis bawang putih dulu diikuti dgn bawang merah, masuk sotong yang dah dibersihkan dan dipotong bulat, tunggu sekejap dlm tiga empat minit untuk masakkan dulu sotong tu...kemudian saya masuk air. Bila air mendidih masukkan rencah megi dan sedikit sos cili, dan meginya...masukkan sedikit garam dan gula, cili api potong dan sayur...kemudian saya pecahkan telur sebiji, telur tu biar separuh masak saja...biarkan dlm setengah minit, tutup api dan tutup kuali dengan penutup, biarkan dlm dua tiga minit dan boleh disendukkan ke pinggan

Taraaaa...maka siaplah dan boleh dinikmati dengan rasanya yang sangat mabeles...memang sedap bila rasa megi tu bergabung rasanya dgn masam2 sos, sedikit manis dan rasa pedas2...



Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...