Kuih cucur atau ada juga yang panggil kuih topi ni memang terkenal sbg kuih tradisional orang dulu2. Membuatnya pun sangat mudah, hanya empat bahan saja, tepung beras, telur, gula dan air...dan sudah pastilah minyak untuk menggoreng😁.
Kuih ni kalau tengok pada salsilahnya, ia terkenal dalam negara2 Asia sebenarnya, Msia, Indonesia, Thailand, Vietnam dan mungkin beberapa lagi. Saya ingat masa saya kecik2 dulu, orang tua2 suka buat kuih ni dan memang sedap kuih homemade ni.
Kuih ni kalau tengok pada salsilahnya, ia terkenal dalam negara2 Asia sebenarnya, Msia, Indonesia, Thailand, Vietnam dan mungkin beberapa lagi. Saya ingat masa saya kecik2 dulu, orang tua2 suka buat kuih ni dan memang sedap kuih homemade ni.
Dalam minggu ni dok tgok adik dan adik ipar di kampung buat..sahabat di FB pun dok buat...saya memang suka kuih ni, tapi tak pernah buat. Pagi ni selepas usai solat subuh tadi...makanya buat la...ini first try saya sebenarnya buat kuih ni, tak pernah buat sendiri lagi...kali ni baru mencubanya walaupun penggemar kuih ni.
Walaupun "Topi" nya tidak "bertopi" sangat dan "rupa parasnya" begitu begitu saja....tak mengapa..sebab rasa sedapnya ada di situ..hehe😀
Jom kita tengok bahan2 dan cara membuatnya.
Bahan2
1. Dua cawan tepung beras.
2. Satu biji telur
3. Air satu cawan
4. Gula 3/4 cawan
Cara-cara:
1. Kacau rata dulu tepung dengan garam. Masukkan telur dan separuh cawan air dulu. Air ni masuk sedikit demi sedikit dan terus kacau adunan. Saya kacau dalam 10 -15 minit.
2. Masukkan gula dan kacau sehingga gula hancur dalam 10 minit. Selagi gula tidak larut dan hancur, jangan masukkan air yang setengah cawan tu. Slps dah hancur baru masukkan air setengah cawan lagi.
3. Adunan ni tidak perlu perap sebenarnya...terus aje goreng. Tapi kalau nak perap dalam sejam pun tak mengapa. Goreng dalam kuali kecil dgn api kecil..goreng sebiji2 ya.
Nota:
1. Eloknya guna kuali kecil yang "bergeluk" tu masa goreng kuih ni.
2. Kuih perlu digoreng one by one, one at a time.
3. Hanya sekali dibalik saja...lepas tu terus angkat.
4. Kuih ni cepat hangus ya..kena api slow dan tak blh leka.
Kuih ni saya sgt rekmen bagi penggemar kuih drpd tepung pulut...memang sedap dan membuatnya pun sangat mudah!
Salam hormat,
RZH
Comments
Post a Comment