Skip to main content

Beke @ Bengkang Klasik Kelate...




Pagi ni buat lagi Beke ni tapi stail klasik puloks...baru ya kena dengan taste kita ore2 dah senior ni...smlm dapat resepi mek drpd adik ipar, Resepi mek saya untuk sekilo punya tepong😆..makanya kena adjust sendiri la portion tepungnya sebab saya buat satu cawan tepung aje...dpt dalam 20 potong...

Rasanya sedap dengan lemak2 manis nya...tapi saya rasa saya kurang bubuh minyak masa proses baking tu...okey tak apa, kita tambah baik next time😀.

Bingka Kastard semalam "licin mone" anak2 suka...kita tgok lak yg klasik ni dia orang suka ko dok..😁.

Jom kita tengok bahan2 dan cara membuatnya.

Bahan-bahan:
1. Gandum satu cawan
2. Telur 3 biji
3. Gula 1 cawan
4. Daun pandan 4 helai unk secawan airnya.
5. Susu pekat manis setengah cawan
6. Santan satu kotak (boleh diganti dengan fresh santan)
7. Esen vanila (optional)
8. Esen Ros (optional)
9. Sedikit pewarna hijau
10. Minyak jagung 1/4 cawan

Caranya pula sangat mudah...
Masukkan gandum, telur, gula, susu, santan, pekat manis, minyak, esen vanila, esen ros, dan pewarna hijau...kacau rata sekejap dan blend semua sekali.

Kemudian tuang dalam loyang.
Make sure loyang dimasukkan 1/4 cawan minyak masak dan dipanaskan terlebih dahulu dlm oven...dlm 5 minit saja. Kemudian keluarkan dari oven dan masukan adunan. Bakar selama sejam dgn suhu 160 C api atas bawah ya.

Bila dah masak biarkan sejuk dulu baru lah dipotong dan dihidang dalam pinggan.

Just to share, orang tua kita dulu2 bakar kuih beke ni guna sabut. Sabut ni dibakar dan dipekap atas periuk yang digunakan untuk bakar beke ni..bara sabut tu diletak atas dan bawah periuk..memang klasik, dan opkos rasanya lebih sedap..orang2 tua kita memang hebat buat kuih2 ni..

Selamat mencuba!



Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...