Skip to main content

Roti Goreng Sardin..Menyorok Diri...


Hari ni fikiran rasa penat. Bila fikiran penat, makanya opkos badanpun rasa penat...for sure feel like so fatigue.

Mengapa penat...huhu sebab terkurung sekian lama...ditambah pula dengan faktor meeting online via zoom cloud online ni...aduhai beza dengan kita meeting di "alam nyata". Logiknya rasa penat bila online meeting ni..sebab mata lama menatap skrin laptop...suara ahli meeting pula selalunya bertembung suara sbb tak nampak body language nya awal..jadi semua tend to bercakap serentak..lepas bila dah bunyi suara org lain juga barulah salah seorang akan senyap...kalau secara nyata ni kita nampak body language orang tu dulu unk orang nak buka suara..jadi tak ada la berlaku suara bertembung dulu...mata kita pula secara auto dok nengok ahli tu nengok ahli ni di skrin...dalam masa yg sama kadang2 ada gangguan teknikal dan noisy dari sekeliling...hehe kesimpulannya meeting online ni memang rasa penat berbanding meeting nyata. Mata penat, belakang dan tengkuk sakit dan tegang...hmmmm

Mood macam lari cket...bukan lari ke mana pun..cuma lari menyorok aje...menyorok dan menyepi dari segalanya...since 18 Mac 2020...biar la dulu...masa lo ni mungkin masa "layan diri" saja dan silent dari semua perkara.

Rutin biasa selain daripada work from home/at home....tetap berjalan seperti biasa..memasak, membaca dan menulis di blog...walau di hati ada suatu rasa...rasa apa pun tak pasti untuk diterjemahkan...tapi rasa tu memang "sesuatu"

Tak mengapa la, lupakan hal itu...biar saja la begitu...yang ingin dikongsikan di sini adalah cara kita nak buat roti goreng yang mudah tak perlu uli lama, lembut, dan gebu gebas. Ada bread maker pun kita mmg malas nak keluarkan dari raknya pun...lepas tu mls nak cuci dan nak kemas..jadinya buat manual aje, tapi simple.

Alkisahnya, masih tak selera nak makan nasi, makanya selepas meeting tamat tadi...terus buat sambal sardin untuk dijadikan inti..dan kemudianya terus sambung dengan buat roti ni.

Jom kita tgok bahan2nya:
1. Gandum 4 cawan
2. Air suam 1 cawan
3. Yis satu peket, atau satu setengah sudu besar.
4. Susu lemak manis 4 sudu besar
5. Gula 3 sudu besar
6. Garam setengah sudu teh
7. Margerin/butter dua sudu besar
8. Bread softener (optional)

Cara2:
1. Air guna air suam ya, bukan air panas baru menggelegak atau air sejuk. Air suam ini untuk aktifkan yis tu. Kalau air panas menggelegak nanti yis terus mati.
2. Campur, gula dan yis juga susu dalam air suam tu. Kacau sebati dan tutup. Biarkan 10 minit.
3. Dalam bekas lain masukkan gandum, butter, kuning telur dan garam. Gaul sebati sekejap dlm dua tiga minit dan kemudiannya masukkan air larutan yis tadi.
4. Uli dlm 10 minit..adunan mmg agak lembik..tapi pastikan boleh diuli, kalau melekat sgt di tangan blh tambah tepung sikit.
5. Biarkan adunan untuk setengah jam. Tutup dgn tuala kecil, atau wrap, atau tutup dgn besen yang lebih besar. Adunan akan naik berganda.
6. Slps setengah jam, uli dan tumbuk2 adunan untuk keluarkan udara terperangkap. Kalau rajin blh canai...saya cuma tekan2 rata dan gulung rapat2. Saya ulikan memanjang dan dipotong ikut saiz bun kecil. Untuk adunan ini dapat dlm 20 - 25 biji.
7. Kemudiannya masuk inti sambal sardin yang telah disediakan. Biarkan dlm 10 minit tutup dgn kain dan slps tu boleh digoreng.

Makanya siaplah roti goreng sardin homemade...mmg sedap! Wajib cuba bagi peminat roti goreng gebu gebas.











Selamat mencuba "Roti Goreng Sardin Memilih Silent dan menyorok"..

Salam Hormat
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...