Skip to main content

Bawal Kari Mamak special in the house...

Semalam 26 April telah selesai hari ketiga kita menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadan. Alhamdulillah...

Menu hari ni, ada yang req kari mamak...aduhaiii seumur hidup saya tak pernah buat kari mamak ni...sebab saya ni selalunya buat kari kelate (ala2 gulai kawah tu). Famili saya di kampung pula memang bukan jenis pengemar masakan mamak...pendek kata memang tak makan food mamak. Lagipun di kelate masa dulu2 kita memang tak ada restoran mamak.

Hokey, maka saya on la "Bawal kari mamak' ni...tapi saya ubah cket ikut selera saya juga la...tak ubah banyak ubah cket ajerrr..kari mamak tak guna santan tapi saya masuk santan tapi sikit aje...macam pelik lak rasa bila buat kari tak taruk santan..jadi saya bubuh juga la sikit, ambik syarat orang kata😂...

Kari mamak ni lain sikit dengan kari kita, kari ni nak kena rasa masam2 dan pedas2. Makanya kena masuk air asam jawa lebih dan tomato, di samping halba campur, daun kari, dan bendi. Bawang dan halia tu macam biasanya.

Makanya berdaun kari bertomato, dan berair asam jawa bagailah kari saya hari ni..hihi (saya memang tak pernah guna daun kari dan tomato dalam kari saya..gulai kari kelate ala keluarga saya tak taruk daun kari dan tomato😁)...kari mamak ni dia kena masam2 lebih cket dan tak blh rasa manis mcm kari kelate.

Menu Kari Mamak hari ketiga ni dilengkapkan dengan ikan masin dan telur dadar, juga sambal bilis smlm masih ada sedikit, dan nasi goreng (nasi lebihan bersahur tadi saya goreng). Kuihnya pulak, Roti Goreng Gebu Gebas, popia goreng dan Agar2 Milo, jiran bagi.
Alhamdulillah siap terhidang di meja untuk berbuka tadi.

Orait kembali pada resepi membuat kari mamak ala saya. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara-caranya.

Bahan-bahan:
1. 2 ekor ikan bawal
2. Bawang putih 4 ulas
3. Bawang merah lapan ulas
4. Sedikit halia dalam seinci
5. Bawang holland satu labu
6. Cili besar atau cili benggala
7. Bendi dalam 10
8. Rempah kari ikan mana2 brand boleh dalam lima sudu besar
9. Serbuk cili
10. Halba campur (stok saya beli dari kelate), boleh cari di kedai2 jual rempah ada rasanya.
11. Lada hitam satu sudu  kecil ditumbuk kasar.
12. Daun kari tiga tangkai. Ambil daunnya saja.
13. Garam dan serbuk perasa (jika suka). Juga sedikit gula. Gula ni pada saya kena taruk juga untuk imbangkan rasa masam2 kuah tu.
14. Minyak untuk menumis
15. Satu sudu besar asam jawa dgn segelas airnya. Lebihkan sikit tak mengapa sebab kari mamak mmg kena masam.
16. Tomato dua biji dipotong 4

Cara-cara:
1. Cuci bersih ikan dan potong dua.
2. Bawang putih dan bawang merah dimayang, juga halia dimayang panjang2 dan.
3. Bawang holland n tomato dipotong 4
4. Lada benggala dipotong besar.
5. Panaskan minyak dan tumis bawang, putih, bawang merah dan halia. Masukkan satu sudu besar halia campur masa menumis, juga daun kari dan lada hitam.
6. Bila kekuningan masukkan setengah cawan air dan rempah kari juga serbuk cili. Pelankan api dan tumis sehingga pecah minyak.
7. Masukkan segelas air asam jawa dan segelas air biasa. Biarkan menggelegak.
8. Bila ikan telah masak, masukkan bawang holland, bendi, dan tomato juga garam dan serbuk perasa.
9. Masukkan satu sudu kecil gula jika suka. Kari mamak ni rasanya kena masam2 sikit dan pedas.

Begitulah resepi kari mamak ala saya. Selamat mencuba.



Salam hormat,
RZH


Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke