Skip to main content

Cerita Ikan Rebus Goreng...special rasanya!

Bila saya menyebut tentang ikan rebus goreng atau ikan rebus yang digoreng atau ikan yang direbus dan digoreng...orang Kelate pasti tidak pelik dengan menu ini...mungkin ada juga sebahagian orang berasal dari luar Kelantan yang tahu tentang menu ini dan sudah pasti ada yang tidak pernah tahu dan pelik dengan menu ini.

Hokey, jom kita mengenal dengan lebih dekat apa citer berkaitan menu ikan rebus goreng ni. Saya secara terus terang memang penggemar setia ikan rebus goreng ini. Ikan rebus goreng ni adalah sejenis menu lauk yang dihidangkan sama ada untuk makan pagi, makan tengah hari atau makan malam..ianya adalah lauk yang perlu dimakan dengan nasi la, tapi pada yang suka meratah ikan, makanya boleh dimakan terus begitu saja... Boley juga..hehe. Cuma saya ni memang jenis tak pandai meratah ikan...atau makan ikan gitu-gitu saja. Ikan pada saya kena makan dengan nasi...namun terpulang pada selera dan cara masing-masing ya.

Menu ikan rebus goreng ini adalah menu yang dikatakan sebagai pembuka selera. Kalau dilawan pula dengan sayur lemak atau sayur putih ore kelate, ada pulok budu dan cili api...maka memang terangkat dan lengkaplah hidangannya. Ada juga orang dulu-dulu menyediakan menu ini sebagai lauk stanby incase nak mkn segera atau ada orang menyinggah di rumah di lewat malam contohnya, mana ada kedai buka untuk nak keluar cari lauk pauk kan...jadinya, atleast dalam nak cepat2 menyediakan hidangan boleh goreng ikan rebus ni, goreng telur dan ada sedikit ulam-ulaman dan budu, maka sudah cukup untuk menjadi hidangan yang ringkas.

Membuat ikan rebus goreng ni memang sangat mudah...namun walaupun mudah, mesti kena ada cara merebusnya..kalau kita main rebus macam gitu aje...huhu memang nikmat sedapnya akan tiada. Ikan jadi tawar dan tiada gabungan rasa masam, masin dan manis yang menjadi penyedap kepada ikan rebus goreng ni.

Jom kita tengok cara rebus ikan untuk digoreng dan dijadikan lauk.

Bahan-bahannya hanyalah:
1. Ikan. Ikan yang selalu digunakan bagi tujuan ini adalah ikan selayang/sardin, ikan tamban (yang byk tulang tu), dan ikan kembung, juga ikan tongkol.
2. Asam keping kena byk sikit supaya ikan tu menyerap masam2 asam keping tu. Mungkin dlm lima enam keping, kalau kita merebus kurang dari 10 ekor ikan. Kalau saiz asam keping tu besar2, maka kurangkan kepada lima keping saja.
3. Air. Masukkan sehingga paras ikan atau lebih sedikit sahaja.
4. Garam dalam dua sudu besar.
5. Gula dalam setengah sudu besar bagi menyedap rasa ikan.

Okey itu saja bahan2 untuk rebus ikan ya, jangan terlebih kreatif pula pergi masuk serai bagai...ini ikan rebus klasik..kalau dah masuk serai tu dah jadi menu lain dah...hehe

Cara-cara:
1. Siang dan bersihkan ikan. Kalau ikan selayang jgn potong dua biar saje satu2 macam gitu. Kalau ikan lain blh la potong tgok kpd saiz ikan ya. Tapi kalau ikan tongkol mmg wajib potong.
2. Masuk dalam periuk, masuk air, asam keping dan garam gula...rebus sampai menggelegak..bila dah menggelegak kecilkan api sikit dalam dua tiga minit dan siaplah ikan rebus kita. Tapi kalau rebus ikan tongkol, kena lebih lama supaya ikan tu akan lebih sedap lagi.

Nota:
Ikan rebus ni biar saja dlm periuk merebus kita tu...setiap pagi perlu hangatkan...lagi lama lagi sedap ikan rebus ni sebenarnya..dgn syarat, mlm dan pagi perlu dihangatkan. Masa setiap kali nak hangatkan tu tambah sedikit air.

Boleh digoreng pada bila2 masa yang kita nak makan. Masa goreng kena beringat sikit...ikan rebus ni dia meletus2 sikit masa goreng. Sebab ikan tu menyerap masam asam keping dan ada gula cket tadi tu. Masuk dlm minyak panas memang meletup2 cket la.

Rupa ikan rebus goreng ni mmg la tak cantik..tapi walaupun rupanya tidak cantik, namun rasanya memang tidak terkata. Itu yang dikatakan sangat special rasanya, ibarat kata.."hanya jauhari yang mengenal manikan"...wahhh gitttchewww. Ikan rebus goreng boleh dimakan dgn budu atau sambal belacan atau sambal kicap...semuanya boleh...

Saya kongsikan gambar rupa paras ikan rebus yang digoreng ya. Saya guna ikan selayang/sardin.


Kalau ada pulak sayur lemak kelate macam gini...perghhh lagi tak terkata la kesedapannya...



Selamat mencuba buat semua...rugi kalau tak cuba memang best!

Salam Hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke