Skip to main content

Hikmah Allah di sebalik COVID-19

Allahuakbar....

Sayunya...sebak terasa di hati awal pagi ni mendengar azan dari masjid...jelas kedengaran.... Hari ini hari ke-36 PKP. Masjid dan surau masih belum dpt dikunjungi oleh semua jemaah, hanya petugas masjid saja yang dibenarkan untuk mengalunkan azan dan membuat solat jemaah bersama dua tiga orang petugas masjid sejak arahan PKP dilaksanakan mulai 18 Mac 2020. Allahu...

Hati redha dan pasrah atas sesuatu yang "luar biasa" ini. Saya menganggap ini suatu yang luar biasa kerana sepanjang hayat ini, inilah kali pertama ianya berlaku..tidak pernah berlaku lagi sebelum ini dan sesungguhnya tidak pernah hadir di fikiranpun sebenarnya bahawa apa yang berlaku ini akan berlaku. Jadi, masakan hati tidak merasa bergetar dan tersentuh apabila mendengar laungan azan berkumandang, sedangkan para jemaah semua tidak dpt "menyahut" panggilan azan untuk solat berjemaah di rumah Allah, sebaliknya hanya mampu mendengar laungan azan daripada jauh dan menunaikan solat jemaah atau solat sendirian di rumah...

Ya Allah...rahsia-Mu dan hikmah-Mu terlalu besar...tidak terjangkau dalam fikiran kami. Namun, kami pasti segala apa yang berlaku pasti mempunyai rahsia kebaikannya. Banyak hikmah secara nyata dan tersembunyi...dan yang pasti adalah pengajaran dan keinsafan kepada hamba-Mu ya Allah. Ujian ini adalah tanda Engkau menyayangi kami kerana itu Engkau "menjentik" kami agar kami tersedar dari lena dan kembali kepada-Mu

Berikan kami kekuatan untuk kami terus memanjatkan doa kepada-Mu ya Allah agar Engkau mengangkat semula wabak COVID-19 ini dan memberikan peluang kepada kami untuk kembali menjalani  kehidupan rutin seperti biasa. Malah dengan penambahbaikan dan pembetulan diri yang maksimum dengan mengambil pengajaran dan iktibar terhadap apa yang berlaku ini..menambahbaik segala aspek hubungan dengan-Mu yang Allah.

Ujian ini kerana Engkau sayangkan kami ya Allah...Engkau ingin mengingatkan kami dan mengejutkan kami dari lena dan kealpaan dalam ketaksuban terhadap "kegilaan dunia"...Engkau juga ingin memberikan signal kepada kami bahawa dunia ini sementara sifatnya...janji-Mu adalah benar bahawa satu masa yang Engkau tetapkan nanti maka dunia ini akan musnah dan berakhir...dan apa yang berlaku hari ini adalah bukti kekuasaan dan keesaan-Mu Allah yang satu...

Apa yang berlaku ini cukup mengejutkan kami dari lena ya Allah...memberikan kami suatu rasa keinsafan diri...menyedarkan kami apa jua yang kami fikirkan mustahil, ia bukan mustahil bagi Mu ya Allah ya Barik yang Maha Mengatur, Menyusun dan Mentadbirkan seisi alam ini...sekali Engkau mengatakan KUN FAYAAKUN, maka terjadilah seperti apa yang Engkau mahukan...Allahuakbar, melihat segalanya ini dengan mata hati, kami menyedari bahawa betapa kerdilnya kami semua ya Allah...tidak punya apa2 kemampuan dan keupayaanpun melainkan dengan izin-Mu.


Saat membaca bait2 maksud doa tahajud Mu ini dan melafazkannya dengan penuh rasa keinsafan dan kesyahduan...Allah bergetarnya rasa hati...sayu sungguh ya Allah. Indahnya bait2 ini ya Allah...cukup untuk mencairkan hati dan menggamit keinsafan yang sangat mendalam.

Ramadan akan tiba dalam dua tiga hari lagi ya Allah...kesyukuran kami panjatkan kerana kami masih dapat bertemu dengan Ramadan kali ini...Ramadan kali ini kami akan menyambutnya bersama keluarga di rumah, dengan hubungan kekeluargaan yang lebih dapat dirapatkan kerana sepanjang masa keberadaan di rumah...Engkau jarakkan kami dengan semua urusan dunia...tiada ulang-alik ke tempat kerja, tiada jem, tiada kepenatan sangkut jem, tiada aktiviti sosial yang lain, jalan2, shopping dsbnya lagi yang menjadi rutin kehidupan manusia sebelum2 ini...pada kali ini Engkau "tutupkan seketika" segalanya dulu, semua kami perlu stay at home dan work from home...ini semua rahsia dan hikmat Mu ya Allah.

Ramadan kali ini tentunya amat berbeza...tiada lagi Bazar nyata sebagaimana rutin, hanya bazar online yang dibolehkan...Engkau ingin melatih kami tentang penghayatan sepenuhnya dalam Ramadan kali ini ya Allah dengan masa sepenuhnya yang Engkau berikan untuk beribadah kepada-Mu dan menikmati juadah itu hanya seadanya di rumah dan "tidak mabuk"  dek pandangan mata dengan "syurga makanan ciptaan dunia yang sangat banyak di Bazar Ramadan". Engkau ingin melatih kami untuk bersederhana dan mengawal nafsu dalam menikmati juadah sebaliknya memberikan fokus secara maksima kepada ibadah dalam erti kata sebenar meraikan secara total Ramadan Mu Ya Allah...Semoga Ramadan kali ini juga menjadi Ramadan yang terindah buat kami ya Allah.

Justeru, istiqomah kan lah rasa ini buat kami ya Allah...semoga kami semua terus berada dalam kasih sayang dan redha-Mu.

Aamiiin.

Salam Hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...