Skip to main content

Merenung Kehidupan..semuanya Milik Allah...

Usai solat subuh pagi ni...
Diri diam seketika...merenung banyak perkara dalam diri...banyak yang bermain di fikiran...semuanya tentang kebesaran dan kekuasaan Allah.

Terasa diri tersangat kerdil...Allahuakbar...diri ini tiada apa sebenarnya...hanya jasad yang mempunyai roh di dalamnya...andai roh itu tiada maka terkulai lah jasad, mereput dan membusuk...

Anggota badan yang bergerak ini kerana ianya digerakkan oleh Allah...andai Allah menarik kembali nikmat pergerakan anggota ini...maka kaku lah...walau sekalipun nak menggerakkan seinci jari jemari...tidakkan boleh jua...Allahuakbar.

Seluruh kehidupan ini milik-Mu
Ya Allah Ya Barik...Allah yang Maha Menyusun, Maha Mengurus, dan Maha Mentadbir. Manusia langsung tidak mempunyai apa2 melainkan segalanya dengan keizinan Allah...justeru, nikmat Allah yang mana yang ingin kita dusta kan. Allahuakbar.

Pernahkah kita bayangkan betapa besarnya nikmat yang Allah berikan kepada kita...maka bersyukur dan terus bersyukur la...jangan alpa dan terlupa, nikmat itu bukan kerana "sebabnya kita"..nikmat itu kerana Allah...andai Allah tarik, sekelip mata ianya berubah.

Nikmat cukup anggota badan Allah berikan kepada kita sudah merupakan nikmat yang tidak terhitung...tiada galang gantinya. Bersyukurlah kita diberikan anggota badan yang sempurna. Tidak cacat dan kurang di mana2..bisa menjalani kehidupan dengan baik...Allahuakbar, Subhanallah...mengapa kita masih tidak bersyukur.

Nikmat rezeki yang mencukupi.
Bersyukur lah kita kerana Allah memberikan kita rezeki yang mencukupi, malah ada kalangan kita yang berlebih..kita punyai pekerjaan tetap, mempunyai nama, dan berpengaruh..sebulan2 gaji tetap masuk tanpa miss. Walau cuti, walau sakit, gaji tetap berjalan. Cuba bayangkan ada orang di luar sana yang kehidupannya kais pagi makan pagi...kalau cuti, kalau sakit tidak bergaji...Allahuakbar. Bayangkanlah kehidupan mereka. Nanun dalam kedaifan itu, mereka tahu mengucap syukur kepada Allah.

Justeru, bersyukur lah...bayangkan lah sekiranya Allah mengkehendaki...rezeki kita boleh ditarik pada bila2 masa, kerja kita boleh hilang dalam sekelip mata. Nama, pangkat, dan pengaruh boleh hilang dalam sekelip mata...kerana semua itu milik Allah bukan milik kita.
Subhanallah...

Nikmat kesihatan yang baik...sihat tubuh badan..cergas bergerak ke sana ke mari. Alhamdulillah...cuba bayangkan kalau Allah tarik nikmat sihat itu..bila mana kita terlantar kesakitan, untuk bangun tidak berdaya, untuk buka mata juga tidak berdaya, selera makan Allah tarik, untuk ke bilik air juga tidak berdaya Allah, solat juga tidak sempurna lagi, membaca Quran juga tidak berdaya lagi...Allahuakbar...makanya semasa semua itu Allah izinkan, buatlah yang terbaik, istiqomahlah dalam ibadat, istiqomah lah dalam membaca Quran setiap hari...bacalah walau sebaris ayat...Allahuakbar.

Nikmat untuk Berbicara...
Betapa Allah melengkapkan dan menyempurnakan kehidupan kita dengan nikmat berbicara..petah dan hebat berbicara, lantang suaranya bila berdebat, hebat menyuarakan pandangan...bayangkan kalau Allah tarik nikmat suara itu...peti suara kita tidak lagi berfungsi...kita berkata-kata tapi tiada suara yang keluar...bayangkan saat itu apa agaknya perasaan kita.... Allahuakbar...

Nikmat memiliki anak2 yang baik akhlaknya, beriman, dan berjaya...Allahuakbar...nikmat ini bukan kerana kita tapi kerana Allah memberi...seandainya Allah tidak memberi maka ia tidak akan berlaku sebagaimana ianya berlaku sekarang...justeru, bersyukurlah...

Terlalu besar nikmat yang Allah berikan kepada hamba-Nya....maka belajarlah untuk bersyukur...sentiasa beristigfarlah agar hati kita tidak Allah bolak-balik kan. Lakukanlah segala ibadah kita kepada Allah dengan cara yang paling baik sementara semua itu Allah izinkan menjadi milik kita...kerana risau nanti bila Allah tarik nikmat itu, kita tidak lagi berpeluang untuk melakukannya...ingat lah selalu, bahawa apa jua yang kita ada ini milik Allah..ingat lah selalu apa jua kudrat yang kita miliki ini adalah milik Allah...ingatlah selalu bahawa kita tidak akan selamanya hidup...entah esok, atau lusa kita akan dijemput...jangan merasa mati itu lambat lagi...kita jangan lupa, setiap hari akan ada orang meninggal...masa kita akan tiba jua.

Selagi hayat dikandung badan, lengkapkan lah kehidupan kita untuk bekalan kita ke sana...ya betul, hidup ini untuk kita menikmati dunia yang Allah sediakan...namun jangan lupa, apa yang kita nikmati itu mestilah mengikut lunas2 yang Allah tetapkan...Al-Quran adalah panduan kehidupan kita di dunia...hiduplah dalam keberkatan dan rahmat jua kasih sayang Allah...makanya perlulah kita seimbang dengan bekalan kita untuk ke sana..maksudnya menikmati kesejahteraan kehidupan dunia untuk kesejahteraan kehidupan di akhirat kelak...

Bila matinya kita nanti, hanya tiga perkara saja yang akab kita bawa bersama ke alam sana nanti, iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain, dan anak soleh yang berdoa untuk ibu bapanya (Hadis Sahih - Riwayat Muslim dan lain2).

Justeru, beramal lah di jalan Allah, jalani lah kehidupan di dunia ini berdasarkan terma rujukan Allah, didik lah anak2 kita dengan ilmu agama supaya mereka dpt mendoakan kita nanti, dan bersedekah lah secara istiqomah.

Belajarlah untuk bersedekah walaupun sedikit...peruntukkan lah beberapa percent daripada gaji kita untuk sedekah...lakukan lah dari sekarang...jangan bertangguh lagi...kerana apa, kerana bila kita tahu betapa besarnya nikmat bersedekah itu, kita tak mungkin menundanya walau sesaat...zahirkan lah tanda kesyukuran kita dengan cara berkongsi rezeki ini dengan mereka yang memerlukan. Perlu diingat, rezeki yang Allah berikan kpd kita itu bukan secara totalnya milik kita...ada rezeki orang lain juga dalam rezeki kita.

Sekadar bicara pagi...merenung tentang diri sendiri...kehidupan di sini dan kehidupan di sana kelak..Allah...bergetar rasa di jiwa. Semoga Allah terus memberikan kita semua kesedaran dan keinsafan bahawa semua kehidupan ini milik Allah, dan kita langsung tidak punya apa-apa.

Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke