Skip to main content

Ayam Percik Kelate Sedap...

Lauk percik ni citer semalam lagi, cuma tak sempat nak update resepi di blog. Mr. Husband semalam keluar pergi kedai restock barang2 dapur dah byk yang habis...awal paginya dia req nak ayam percik unk lunch...

Saya ni sgt jarang buat percik...bukan apa, percik ni dia remeh dan "banyak cerita" cket..kena rebuskan dulu sekejap ayam tu dgn perapannya (air sedikit saja, mcm ala2 stim)...kena buat kuahnya pulak, dan kemudiannya kena bakar pulak ayamnya..perlu dibalik2 dan disalutkan kuahnya sambil diulang dua tiga kali bakar berselang seli salut kuah...hmmm memang level sabar kena tinggi buat percik ni...hehe

Makanya lauk percik ni kiranya sangat special la pada saya kerana sangat jarang saya buat😅...jarang buat tu sebab saya cerewet cket bila buat percik ni...sebab nak kena cantik kejadiannya bersalut di ayam tu...kalau tak cantik kejadiannya mahu buat saya sesak nafas nanti..🤒🤦‍♀

Jom kita tengok bahan2nya:
1. Ayam seekor potong empat
2. Bawang merah lima enam ulas
3. Bawang putih dua ulas untuk kuah dan lima ulas untuk dilumur pada ayam.
5. Halia setengah inci untuk kuah dan setengah inci untuk perapan ayam.
6. Serai dua btg.
7. Cili kering lima enam tangkai
8. Santan pekat dua cawan
9. Garam dan gula juga sedikit nise. Nise a.k.a gula melaka ni kalau tak ada tak mengapa.
10. Tepung gandum dua sudu. Jika tak suka tak perlu masukkan. Kuah percik lebih sedap dan lebih original jika tak masuk tepung..tapi make sure santan kena betul2 pekat.

Cara-cara:
1. Ayam dicuci bersih. Kemudian dipotong 4. Minta orang kedai terus potong kpd empat bahagian.
2. Tumbuk lumat bawang putih dan halia dan Kemudian ayam dilumur dgn bawang putih dan halia yang ditumbuk ini. Letak garam dlm satu sudu. Biarkan sekejap. Ayam rebus dgn air sedikit bagi menyerapkan bahan2 lumur tadi. Ketukkan satu btg serai dan masukkan sekali dalam rebusan ini. Rebus dlm 10 minit. Dan siap untuk dibakar.

Kuah:
1. Lima enam ulas bawang merah, dua ulas bawang putih dan sedikit halia..lima enam tangkai cili kering. Blend sekali dgn santan.
2. Bahan blend kemudiannya dimasukkan dlm periuk, letak serai dan sekeping asam keping yg kecik. Asam keping ni keluarkan awal sbb tak mahu kuah masam sgt. Masukkan dlm dua sudu besar gandum atau tepung beras...kalau tak masuk lagi sedap, tapi santan kena betul2 pekat. Masuk gula dan garam juga nise cket..kalau suka perasa blh letak..tapi saya tak suka letak perasa. Kacau api sederhana sehingga kuah pekat.
3. Masa kuah hampir siap, ayam tadi dah boleh dibakar, saya bakar guna pan saja. Kalau bakar dengan bara arang lagi sedap sebenarnya...tapi nak cepat dan mudah, pan pun dah okey.. Kemudian salut kuah dan ulang bakar..dua kali salut kuah dan bakar...kemudian yg last salut kuah sekali lagi dan boleh terus letak di pinggan...dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba...


Kuah yang lebih masukkan dalam mangkuk, dan boleh dijadikan kuah bagi yang suka kuah lebih


Ayam sedang dalam proses dibakar dalam pan.

Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke