Skip to main content

Janji Allah Itu Pasti...Masanya Akan Tiba.

Malam telah sangat lewat sebenarnya...mata belum dapat dilelapkan...

Terbaca pula di status FB seorang sahabat sekejap tadi menyatakan ayahnya telah kembali ke rahmatullah malam tadi. Innalillahiwainnahilaihirajiun...
dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali. Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang2 yang soleh di sisi Allah.

Hati saya rasa tersentuh...baru seminggu lepas saya mengucapkan takziah kepada sahabat saya ini atas kembalinya ke rahmatullah bondanya...dan kini selepas seminggu ayahanda nya pula menyusul...Allahuakbar ketentuan Allah itu sangat cantik sebenarnya...saya melihat ini dari sudut hubungan dan "cinta sejati" sepasang suami isteri yang sama2 pergi menemui Pencipta...sebagaimana janji termetri untuk sehidup semati. Kuatnya cinta sejati suami isteri ini. Usia suami dan isteri ini saya kira 70 tahun ke atas...sekian lama mereka hidup bersama dan kini sama2 kembali ke alam sana. Hanya seminggu sahaja suami ditinggalkan dan akhirnya sang suami juga "mengikut" sang isteri...takdir Allah telah janjikan begitu. 

Terfikir di benak saya...agaknya nanti saya dan kita semua pula bagaimanakah pengakhirannya...bagaimana pula buku catatan kita yang Allah telah "jadualkan"..adakah sudah dekat..atau masih lama lagi..kalau untuk saya, seandainya lama sekalipun tidak mungkin lama yang dalam erti kata yang benar2 lama kerana umur yang berbaki kalau kita bersandarkan kepada umur Rasulullah SAW...sudah tidak lamapun lagi...sudah sangat singkat...Allahu...

Kembali kepada kisah arwah ayah dan ibu sahabat saya tadi...fikiran saya membayangkan perjalanan dan peringkat kehidupan mereka. Sebagaimana kita semua juga, Allah hadirkan zaman kita kanak2, zaman remaja, zaman dewasa, zaman berumahtangga, dan akhirnya zaman di usia emas...dan kini kedua2nya telah tiada...telah meninggalkan semua kehidupan dunia...meninggalkan kenangan dan kerinduan anak2 kepada kedua ayah bonda yang telah pergi mengadap Ilahi...

Kita juga nanti begitu juga, cuma masanya sahaja yang belum tiba...akan tiba juga saat dunia ini kita akan tinggalkan..meninggalkan pasangan kita, anak2, sahabat dan semuanya...tiada apa yang dibawa bersama kecuali amalan kita dengan-Nya jua...sesekali merenung hakikat ini...Allah rasa seakan kehidupan dunia ini kerdil benar, terus terasa macam tidak perlu untuk diagung2kan dan dirajakan sangat...cukup sekadarnya saja...kerana yang penting adalah amalan kita kepada Allah untuk kita bawa sebagai bekalan di sana. Allahu..jiwa tunduk seketika kepada Allah...istiqomahkan terus rasa sebegini ya Allah...

Justeru, saya mengingatkan diri saya agar jangan terlalu taksub dan leka dengan dunia...bersederhanalah...set kan di minda, apa jua yang dilakukan ingatlah kepada Allah..dalam bahagia dan gembira ingat Allah dan dalam duka dan derita juga ingat Allah...serah sepenuhnya diri kepada Allah...biar Allah susun, Allah tadbir dan Allah urus...Ya Allah Ya Barik...
Istiqomahkan jiwa kami untuk tunduk kepada-Mu Ya Allah Ya Rahman, Ya Allah Ya Rahim...

Wallahua'lam

RZH





Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...