Dunia pekerjaan hari ini sudah tidak seperti dahulu. Kalau suatu ketika dulu pejabat adalah tempat utama untuk bekerja, kini kerja boleh berlaku hampir di mana-mana. Di rumah, di pejabat, dalam perjalanan, malah kadang-kadang hanya melalui telefon bimbit. Mesyuarat pula tidak semestinya perlu duduk semeja. Dengan satu pautan, semua orang boleh bertemu secara dalam talian. Pada masa yang sama, banyak tugasan yang dahulu dilakukan secara manual kini dibantu oleh sistem automasi. Data boleh diproses dengan lebih pantas, dokumen boleh dijana secara automatik dan pelbagai urusan pentadbiran boleh dilakukan hanya dengan beberapa klik. Kemudian muncul pula kecerdasan buatan atau AI yang semakin masuk ke dalam dunia pekerjaan. Semua ini kedengaran hebat. Kerja lebih cepat. Urusan lebih mudah. Masa lebih fleksibel. Produktiviti lebih tinggi. Tetapi di sebalik semua kemudahan itu, ada satu perkara yang kadang-kadang kita terlupa. Bagaimana perubahan teknologi ini memberi kesan kepada ...
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"