Skip to main content

Roti Puri Sedap...


Entri kali ni saya nak bercerita tentang Roti Puri. Roti puri ni sejenis makanan dari "spesis" roti la, itu yang namanya roti puri kan...hehe.

Dulu2 masa belum keluar "merantau" ke tempat orang, saya tak pernah makan roti puri ni...saya pun tak pasti kalau dulu2 ada ke roti puri ni di kelate..lo ni memang dah ada la..dunia makin berkembang dan berubah...

Dalam lima enam tahun ni tiba2 roti puri ni jadi top di pengetahuan saya...saya tanpa sengaja tahu dan telah merasa makanan ni..hmmmm..not bad rasa nya..sedap dicicah dgn sambal atau kari daging, ayam, kambing dan sebagainya yang seangkatan.

Bila dah suka, opkos la sesekali saya akan cuba membuatnya sendiri...sebab nak cicah dengan gulai yang saya buat sendiri lagi nyakut la kae...gulai ala kelate sedap sikit la kalu ikut taste saya ni...kali pertama membuatnya dulu, macam tak berapa menjadi sangat..hehe..kali kedua, ketiga dan seterusnya alhamdulillah boley la..

So, alkisahnya pagi ni ada orang req nak makan roti puri sebab kebetulannya saya buat gulai/kari tadi...sayapun sebenarnya beberapa hari ni teringat nak makan..makanya on la buat roti puri ni.

Jom kita tgk bahan2 dan roti puri ala saya ya.

Bahan2:
1. 3 cawan gandum
2. 4 sudu minyak masak
3. Setengah sudu besar margerin/butter
4. Setengah sudu teh garam
5. Air biasa 90 ml

Cara2:
1. Campurkan gandum, garam dan gaul rata.
2. Masukkan minyak masak dan margerin. Gaul rata sampai jadi mcm serbuk roti.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit berselang seli dgn adunan digaul.
4. Uli dalam 10-15 minit.
5. Tutup dgn kain atau masuk dlm plastik dan tutup rapat. Biarkan dlm setengah jam.
6. Slps setengah jam, uli adunan sekejap unk keluarkan angin. Dan kemudiannya adunan dibulatkan dlm saiz biji guli besar.
7. Adunan dicanai dalam saiz piring kecil dgn ketebalan dalam lebih kurang setengah cm (mungkin kurang dari setengah cm). 
8. Adunan siap unk digoreng. Goreng dgn api sederhana dan digoreng satu per satu..one at a time. Adunan cpt sgt masak..mmg sekejap saja dah blh angkat.

Tip:
Semasa menggoreng tu..sebaik saja adunan diletakkan dlm minyak panas, biar dalam dua tiga saat, kemudiannya sesambil tu terus siramkan minyak dalam kuali (dengan sudip tu ya) ke atas permukaan roti tadi supaya dia menjadi kembung sebulatnya...ada juga masa dia tak mau kembung sebulatnya..tak mengapa, jangan risau...yg penting rasanya ada.

Selamat mencuba buat semua!







Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...