Hari pertama Ramadan dilalui dengan lancar. Alhamdulillah segalanya dalam peliharaan Allah.
Daging masak kicap menjadi pilihan menu pertama saya untuk pembuka tirai berbuka hari pertama. Jarang sebenarnya saya buat menu ni...tapi tiba2 menu ni yang hadir di fikiran tak kala memikirkan menu apa yang nak dimasak. Justerunya, saya on dengan daging masak kicap.
Jom kita tengok bahan-bahan dan cara memasaknya.
Bahan-bahan:
1. Daging 1kg
2. Bawang putih 3 ulas
3. Bawang merah 5 ulas
4. Satu sudu besar cili giling
5. Setengah sudu besar rempah kurma
6. Satu sudu teh lada hitam
7. Cili api dan cili besar atau cili benggala untuk dipotong2
8. Bawang holland satu labu dipotong besar2. Belah 6 pun okay.
9. Kicap manis
10. Garam dan gula secukupnya
11. Sedikit cuka dan sos cili
12. Kicap manis secukupnya.
13. Perasa jika suka
14. Sedikit lada sulah
15. Minyak masak untuk menumis
Cara-cara:
1. Potong daging saiz spt dalam gambar, jgn nipis sangat dan jangan terlalu tebal. Cuci bersih dan toskan.
2. Daging direbus dulu sehingga empuk dan air rebusan biarkan tinggal sedikit saja untuk kita guna sbg kuah nanti yang akan dimasukkan dalam daging masak kicap slps proses menumis nanti. Boleh juga kalau tak mahu daging direbus dulu, cuma nanti masa menumis, daging perlu dibiarkan lama sehingga empuk barulah boleh diteruskan untuk masuk bahan2 lain.
3. Bawang putih dan bawang merah dimayang nipis.
4. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih tadi. Masukkan satu btg kulit kayu manis dan bunga lawang semasa menumis.
5. Bila sudah kekuningan masukkan cili giling dan rempah kurma, masukkan setengah cawan air. Tumis sehingga rempah pecah minyak..dlm lima enam minit.
6. Kemudiannya masukkan daging dan tuang sekali dengan air daging. Tutup kuali sekejap dlm sepuluh minit bagi rempah semua menyerap ke dalam daging...tak perlu lama sebab daging dah empuk bila direbus tadi. Kalau daging belum direbus mungkin akan mengambil masa lebih setengah jam untuk daging ini empuk.
7. Masukkan sedikit cuka dalam satu sudu, sos cili dua tiga sudu dan kicap secukup rasa, dan lada hitam yang telah ditumbuk halus dan lada sulah.
8. Biarkan dalam 10 minit dan masukkan garam dan gula juga perasa (jika suka).
9. Last sekali masukkan bawang holland dan cili api juga cili besar yang dipotong tadi..kacau dalam lima enam minit dan daging masak kicap siap dan blh dihidangkan.
Selamat mencuba buat semua.
Salam hormat,
RZH

Comments
Post a Comment