Ramadan kembali lagi...Ramadan Kareem...jatuhnya pada 24 April 2020 bersamaan dengan hari Jumaat. Pada esok hari semua umat Islam di seluruh dunia akan berpuasa. Hari pertama Ramadan jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Barokah Allah.
Marilah kita sama2 panjatkan rasa syukur kepada Allah kerana kita diketemukan lagi dengan Ramadan tahun ini. Cuba soroti kembali saat Ramadan lalu menutup tirai...hati kita pasti berdetik...."adakah sempat kita bertemu dengan Ramadan akan datang" atau mungkin ajal Allah lebih dulu menjemput.
Alhamdulillah...Ramadan 1441H pada tahun ini..kita masih diberi kesempatan oleh Allah. Kita masih Allah berikan usia yang panjang...masih lagi dapat menghirup udara Allah di muka bumi ini, dan masih lagi punyai kesempatan untuk melafazkan niat puasa Ramadan esok kerana Allah Taala.
Besar sungguh nikmat Allah ini...sudah pasti tidak terbanding. Justeru, sebagai tanda berterima kasih dan bersyukur...terus lah istiqomah ke arah kebaikan...teruslah berpesan pada diri untuk berubah menjadi lebih baik...lebih baik dalam erti kata sebenar di sisi Allah.
Saat hati berbunga menyambut tibanya Ramadan dan memanjatkan rasa syukur ini...tiba2 Allah "menghantar bungkusan hadiah" yang tidak terfikir dan terduga bahawa ianya akan tiba dan didatangkan sehari sebelum Ramadan... menjadikan hadiah ini lebih terasa keindahannya...seindah Ramadan yang tiba. Sudah pasti akan menjadi kenangan abadi untuk terus mensyukuri nikmat yang Allah berikan.
Bungkusan hadiah ini sangat indah kerana ia adalah hadiah yang tidak disangka-sangka yang Allah berikan...walaupun ianya masih belum boleh dibuka sekarang...Awal Jun nanti insyaAllah andai Allah mengizinkan hadiah ini dibuka secara rasminya. Allah hantarkan awal bungkusan hadiah ini pasti jua ada hikmahnya yang tersendiri.
Semasa "hadiah itu sampai" melalui panggilan telefon...hati rasa terharu...Allahuakbar...Engkau Maha Pengasih dan Maha Penyayang...Engkau Maha Mengetahui segalanya ya Allah...di saat hati Redha dengan seikhlasnya untuk menerima segala ketentuan-Mu...tiba2 Engkau datangkan bungkusan ini...speechless Ya Allah.
Kerana itu kita sering diingatkan agar sentiasa redha dan bersyukur dengan apa jua ketentuan Allah...jangan kita cepat melatah dan mudah kecewa...percayalah bahawa setiap apa yang Allah jadikan itu ada sebab daan musababnya...ada sebab mengapa Allah tidak berikan dan ada sebab mengapa Allah tangguhkan...andai kita yakin di situ...kita akan sentiasa menerima segalanya dengan hati yang terbuka dan kita yakin bahawa ujian Allah tetap datang bersama pakejnya...pakejnya akan menyusul selepas kita berjaya menerima ujian dengan hati yang penuh redha dan ikhlas.
Semoga hati ini terus ikhlas dan terus melafazkan rasa syukur kepada-Mu atas apa jua perkara...terus berada dalam redha-Mu..terus kekal dalam syariat-Mu...ya Allah jadikanlah hati ini terus tunduk...terus kuat dan istiqomah untuk menerima amanah ini dan meneruskan "perjuangan yang masih berbaki" di dunia pinjaman-Mu....alhamdulillah ya Allah atas segala nikmat-Mu yang sentiasa Engkau hadirkan. Jadikanlah Ramadan kali ini adalah Ramadan yang terindah untuk dikenang dengan semua nikmat yang Engkau berikan ini.
Marhaban Ya Ramadhan...
Salam Hormat,
RZH
Comments
Post a Comment