Ada hari-hari tertentu dalam hidup yang membuatkan kita berasa sedikit berbeza. Tiada apa-apa yang berlaku, namun hati terasa serabut, fikiran tidak tenang dan jiwa seolah-olah dipenuhi pelbagai persoalan. Kadangkala kita sendiri tidak mampu menjelaskan mengapa perasaan itu hadir. Semua urusan berjalan seperti biasa, tetapi jauh di sudut hati, terasa ada ruang yang kosong dan sukar untuk diisi. Apabila keadaan seperti ini berlaku, kebanyakan daripada kita akan mencari puncanya. Mungkin kerana terlalu penat bekerja, terlalu banyak memikul tanggungjawab, masalah kewangan, tekanan dalam keluarga atau hubungan dengan orang di sekeliling. Semua itu memang boleh menjadi penyumbang kepada kegelisahan. Namun, di sebalik usaha mencari jawapan, jangan lupa untuk turut melihat ke dalam diri sendiri. Cubalah berhenti seketika. Ambil sedikit masa untuk bermuhasabah. Tanyakan kepada hati, "Bagaimana hubunganku dengan Allah sejak kebelakangan ini?" Adakah solatku masih dijaga dengan sebaik...
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"