Skip to main content

Pulut Kuning Kelate...Memang sedap!



Kalau bercakap tentang pulut kuning memang menu yang saya tak tolak la..hehe. Menu favorite la kiranya.

Sebarang bentuk pulut ni memang menjadi kegemaran saya dan keluarga di kampung. Macam2 jenis menu yang boleh dibuat dengan pulut ni...antaranya pulut kuning la...masakan daripada pulut ni top seantero tempat di Asia.

Dah lama dok teringat nak buat..dan kebetulan di FB pulak hari ni, ada sahabat masa di pejabat lama dulu share pulut kuning di..., Encik Fadzil ni memang pandai masak..level chef dia....

Justerunya, sedang elok la dgn planning saya.."pucuk dicita ulam mendatang" la kiranya...menggamit rasa untuk teruskan hasrat untuk masak pulut kuning...dan kebetulan pula memang untuk  lunch hari ni saya masak rendang..makanya sedang elok la buat cicah dgn pulut ni nanti.

Kebetulan juga stok pulut madu dari Kelate yang adik saya bawa hari tu masih berbaki satu paket lagi..jadi saya guna separuh untuk dimasak petang ni.

Petang ni jadi la pulut kuningnya. Pulut kuning saya ni memang saya letak gula cket (ni petua mek saya..hehe). Mek saya kata dalam pulut ni letak gula dua sudu besar untuk bagi nampak pulut tu cantik berkilat, di samping rasanya bagi sedap sikit la dengan lemak2 manis cket.. itu yang pulut ni nampak berkilat cket😀 huhu..ore kelate dan gula berpisah tiada..tapi masih kawal gula dalam minuman...dlm lauk pauk dan kuih masih on, tapi dengan kawalan juga...😁

Entri sebelum ni saya ada berkongsi cara buat pulut kuning menggunakan periuk noxxa. Masa tu tengah meletop-letop pelbagai menu menggunakan noxxa termasuklah buat pulut kuning...saya pun turut terjebak sama. Hehe...

Namun jauh di sudut hati saya telah memilih cara tradisional, cara orang2 tua kita dulu buat pulut kuning...cara manual ni secara terus terang pada saya lebih sedap dan lebih klasik untuk "menjelmakan" pulut itu sebagai pulut kuning...pulut juga lebih cantik sebenarnya...bagi yang berminat untuk mencuba cara manual boleh follow steps di bawah ya...

Jom kita tengok bahan2 dan cara2 nak buat pulut kuning ni...

Bahan2:
1. Pulut setengah kg - hidangan untuk tujuh lapan orang mkn.
2. Santan dua cawan - tidak pekat dan tidak cair.
3. Kunyit dan pewarna kuning
4. Asam keping 2 keping
5. Air
6. Dua helai daun pandan
7. Dua sudu besar gula putih
8. Minyak masak dua sudu besar

Cara2:

1. Cuci bersih pulut dan rendam dengan air, masukkan satu sudu teh kunyit serbuk..eloknya guna kunyit hidup, tapi kalau malas nak kuningkan tangan..kunyit serbuk pun boleh, dan sedikit pewarna kuning. Air paras dua inci dari atas paras pulut dan letakkan dua keping asam tadi. Tujuan asam ni unk mengekalkan warna yang cantik untuk pulut tu bila lepas kukus nanti. Rendam dlm 30-45 minit.

2. Letak periuk kukus yang telah dimasukkan air atas api dan biar air menggelegak. Bila air dah menggelegak, maka pulut dah blh dikukus.

3. Masa letak pulut dlm kukusan, lapikkan dulu secara jarak2 daun pandan yang telah dicerai2kan. Selepas letak pulut, buat lubang2 kecil antara pulut tu supaya wap panas nanti boleh tembus masuk ke kukusan pulut kita.

4. Kukus selama 25 minit. Angkat dan tuangkan dalam besen besar, masukkan santan satu cawan..kacau serata dalam dua tiga minit. Kemudiannya kukus semula selama 10 minit.

5. Angkat pulut dan tuangkan dalam besen yang sama tadi dan masukkan satu cawan santan lagi, gula dua sudu, dua sudu minyak masak dan satu sudu teh garam. Kacau serata dalam tiga empat minit kemudian kukus semula selama lima enam minit.

6. Pulut kemudiannya boleh diangkat dan siap untuk dihidangkan. Boleh dicicah dengan gulai, rendang, dan sambal ikan bilis.

Selamat mencuba!



Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke