Skip to main content

Karipap Sedap: Rangup dan Rapuh di luar lembut di dalam...


KARIPAP NOSTALGIA
INGATAN ZAME KECIK
anggerikdesa


Hari ni buat karipap nostalgia rangup lemak2 garing gitu. Sesekali saje saya ni buat karipap...saja buat sebab teringat masa dulu2 sokmo buat dengan ummi di kampung. Karipap ni saya tahu buat pastrinya, inti dan tahu buat kelim nya dari ummi. Tapi dah tak ingat dah resepi ummi lagu mana...😀 Masa kecik2 sokmo ummi dok buat karipap ni...tapi selalunya karipap pusing..mmg tip top dan sedap sgt.

Tapi yang saya buat ni bukan karipap pusing sebab saya malas cket...karipap pusing ni agak renyah cket..tapi kebetulan saya mmg teringat nak mkn karipap biasa ala kapong ni. Mek saya juga selalu buat karipap hok tak pusing ni...memang sgt sedap..dari kulit dan inti semuanya tip top👍👍.

Kalau buat karipap, kami guna inti ubi setelo (keledek), kebanyakan karipap ore kelate guna ubi setelo sbg inti dan bukan ubi kentang (namun ada juga yang suka ubi kentang, ikut pada taste masing2)...sebelah luar memang guna kentang...namun saya kalau buat karipap, tetap setia intinya dgn ubi setelo. Inti daripada ubi setelo ni kelebihannya adalah rasa inti tu nanti lebih sedap, lemak2 manis dek ubi setelo tu.

Jom kita tengok bahan2 dan cara membuatnya. Untuk buat karipap ni kita hanya perlu 4 bahan saja, iaitu, gandum, butter atau margerin atau minyak masak, air dan garam.

Bahan2:
1. Gandum 1kg
2. Setengah cawan minyak panas dicampur dengan satu sudu besar margerin/butter yang dicairkan bersama
3. Air dlm 350-360 ml. Agak2 adunan jangan terlalu lembik dan jangan terlalu keras.
4. Garam setengah sudu teh
5. Minyak masak untuk menggoreng.

Cara2:
1. Panaskan minyak masak dan butter.
2. Tuangkan minyak panas tadi masa panas2 tu ke dlm tepung.
3. Gaul tepung dan minyak panas tadi. Di permulaan agak panas, boleh guna sudu dulu. Kot melecur lak tgn terkena minyak panas tu nanti..hehe. dlm seminit dah boleh tukar guna tangan dah.
4. Gaulkan adunan supaya jadi macam crumble gitu..
5. Masukkan air sedikit demi sedikit. Air sejuk dari peti, atau air yg dimasukkan ais ya.
6. Uli adunan sehingga lembut, biarkan dlm 20 minit, tutup dgn kain atau masuk dlm plastik dan ikat kemas.
7. Adunan kemudiannya dibulatkan dalam saiz guli besar tu dan blh mula dicanai. Canai cantik2 dan bentuk bulat, baru la nanti bentuk karipap juga cantik. Selepas dicanai, masukkan inti dan kelim tepi. Ada juga yang pakai acuan karipap tu ya. Ikut mana2 keselesaan anda. Saya suka kelim sendiri, kerana itulah seni dan jiwanya masa kita buat karipap.
8. Kemudian karipap yang siap boleh digoreng dgn api yg sangat perlahan bagi tujuan memberikan adunan masak secara sekata dan warna juga cantik sekata. Kalau api besar, karipap akan tidak masak di bghn dalam.

Bahan dan cara2 Untuk Inti
1. Ubi keledek 2 atau ketul.
2. Bawang putih dua ulas
3. Bawang merah 4 ulas
4. Bawang Holland 1 labu besar
5. Rempah kari 4 sudu besar
6. Daun bawang (optional)
7. Satu btg kulit kayu manis

Cara2:
1. Ubi keledek dipotong dadu seperti dalam gambar. Cuci dan toskan.
2. B/merah dan B/putih ditumbuk lumat.
3. Bawang Holland dipotong dadu.
4. Tumis B/merah dan B/putih sehingga kekuningan, masukkan bawang holland. Masukkan sekali kulit kayu manis. Tumis sehingga garing dan masukkan rempah kari. Sebelum masukkan rempah masukkan dulu setengah cawan air dan terus masuk rempah. Tumis hingga rempah masak atau sampai pecah minyak.
5. Masukkan keledek dan masukkan air satu cawan setengah bagi tujuan empukkan keledek (tutup kuali sehingga keledek dah empuk, jika air nampak kering boleh tambah setengah cawan lagi sehingga keledek empuk).
6. Bila keledek telah empuk, masukkan garam dan gula dan kacau hingga kering atau likat spt pada gambar.

Tip:
Permulaan untuk goreng, minyak tak perlu panas sgt. Boleh masuk awal karipap ke dlm kuali menggoreng. Kalau minyak terlalu panas, karipap terus hsngus terkejut dan mentah di bhgn dalam.

Goreng karipap ni perlu dibalik balikkan selalu kerana kita inginkan karipap masak sekata dan cantik kuning keemasan.

Selamat mencuba buat semua.


Doh yang telah siap diuli

Karipap yang telah siap dikelim tepi





Karipap digoreng separuh masak
bagi tujuan frozen.
Keledek dipotong dadu
Bawang Holland dipotong dadu


Bawang putih dan bawang merah

Salam hormat,
RZH


Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke