Dessert menjadi pilihan di Ramadan ketiga adalah "kuih Cara". Kuih Cara ni adalah antara kuih tradisional orang2 tua dulu2 juga. Kalau kena membuatnya kuih ini memang sedap. Rasanya yang lemak2 manis dan lembut dengan lelehan air gula di dalamnya memang menggamit rasa nikmat sedapnya kuih ini. Kuih cara ini sangat mudah untuk disediakan yang penting kena ada acuannya. Kuih ini hanya menggunakan bahan yang memang tersesia ada di rumah. Kuih ini boleh dicantikkan dengan pelbagai warna, tapi kebiasaannya untuk kuih cara ni kebanyakan memilih warna pandan dan warna kuning sahaja. Saya memilih warna pandan, warna sebenar untuk kuih ini cara ini. Jom kita layan bahan-bahan dan cara membuatnya. Bahan-bahan: 1. Gandum 3 cawan 2. Air putih biasa 2 cawan 3. Setengah cawan air daun pandan 4. Telur dua biji 5. Santan 1 kotak kecil 6. Garam setengah sudu teh 7. Gula secukupnya. 8. Tiga helai daun pandan Cara-cara: Campur semua sekali bahan dan blend bersama kecuali daun p...
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"