Skip to main content

Sekadar Perkongsian Santai...

24 April 2019

Sekadar menulis sahaja apa yang dilalui pada hari ini. Orang kata setiap momen itu adalah kenangan dalam hidup kita...makanya menulis la andai tulisan itu dapat melegakan dan dapat menjadi rujukan di kemudian hari...kita kadang2 tidak dapat mengingati semua momen yang kita pernah lalui..di saat rajin untuk menulis, makanya tulis lah..bila mood tiada untuk menulis maka berdiam aje la...tapi mood yang tiada perlu digamit segera untuk kembali ke koordinatnya....kan...

Hari ni awal2 pagi lagi sudah berada di situ...ada task segera yang perlu diselesaikan...arahan diterima oleh team pada pagi smlm...makanya pagi ini Pengerusinya perlu memanggil meeting...saya pula perlu melengkapi untuk team ini atas keperluan pengacaraannya yang diterajui oleh saya sebagai Pengerusinya...

Dah sampai di parkir...berkira2 untuk keluar dari kereta...dpt mesej meeting tunda ke pukul 10 pagi pula sebab ada kesegeraan lain pula yang tiba2 muncul di pihak Pengerusi yang memanggil meeting ni...aduhaiii la masa ku...pada saya masa yang ada sangat penting dan perlu dimanfaatkan sebaiknya...dah tu macam mana pula ni...lagi sejam ke pukul 10 pagi...

Tiada choice untuk saya...takkan sejam lagi tu nak dok aje dalam kereta...makanya saya menghubungi seorang sahabat...kami keluar breakfast dulu la...lagi pun saya memang belum breakfast lagi...minum dua tiga teguk nescafe saja di rumah tadi...hmmmm

Pukul 10 pagi meeting mula...kami berbincang dan dan menyelesaikan apa yang patut...saya mohon izin untuk part saya, saya perlukan masa peribadi saya untuk saya go thru sekali lagi the whole tertib...saya minta masa satu hari untuk saya menyemak dan meneliti semula tertib dalam 20 - 30 muka surat itu...biar saya semak betul2 dulu baru serahkan kepada pihak protokol pula...saya tak mahu ada kesilapan situ sini yang tak seharusnya terjadi..dan akhirnya team emcee saya juga yang akan menyebut dan membacanya...biar kita berikan sehabis terbaik...selebihnya itu milik Allah. Tapi bila niat tu ikhlas insyaAllah...Allah akan permudahkan.

Hampir pukul 1.15 tghari meeting selesai setakat hari ni dulu...saya bergegas balik ke ofis sebab pukul 2 ptg ada satu meeting lagi. Aduhaiiii...saya tak sempat plan untuk lunch dgn team di induk...terus bergerak balik...pukul 2 ptg saya tiba di ofis...aduhai kelam kabut aje rasa...tapi bila situasi begini saya sentiasa latih diri untuk just relax...tarik nafas dalam2...melangkah dengan tenang dan steady saja...kosongkan fikiran seketika...hehe itu tips sebenarnya untuk tidak tercungap dan akhirnya sesak nafas...rutin kerja saya mmg "berkejar-kejar" saja pesennya lately...jadi perlu bijak mengendalikan emosi dan pergerakan...hehe

Selesai perbincangan, saya mengadap dan menyelesaikan apa yang patut dulu...settlekan surat2 dulu...check emel dan reply emel...jeling jam di dinding....lorrrr cepatnya masa..dah pukul 5 ptg😱 aduhaiiii sekejap betul satu hari berlalu...hari ni saya mmg set untuk balik awal sbb dah rasa exhausted sgt dah...tips untuk diri...sekiranya dah rasa exhausted sgt..jgn push diri...rest dulu..balik awal...recharge diri dan esok boleh full swing lagi...sudahnya ptg ni tak sempat nak go thru tertib tadi...esok pagi la saya mengadap solid untuk dua tiga jam...pasti akan selesai nanti...esok pun ada event sebenarnya...tgok la nanti pandai la saya curi masa.

Tips untuk kawalan diri untuk situasi hari ni:

1. Sentiasa sampai awal di tempat meeting supaya kita lebih bersedia dan tidak kelam kabut...dalam kereta dpt tenang2 dulu...recall itu ini yang penting...bolej berzikir dulu untuk makanan rohani...

2. Relax2 dan santai2 saja tapi efisyen dan cekap dalam berfikir dan bertindak.

3. Manage masa dengan baik.

4. Letak priority...mana yang dulu didulukan dan yang kemudian dikemudiankan.

5. Tolak semua yang negatif...
benarkan yang positif saja sebab kalau yang negatif nanti dia akan serap tenaga kita...nanti kita cepat letih dan hilang mood.

6. Senyuman sentiasa terukir - ini wajib. Dengan senyuman semua akan smooth...senyuman itu membuka rasa tenang ...wah giteww..

Okey stop di sini dulu...sekadar perkongsian santai saja...

Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke