Skip to main content

Resepi Sedapzaini: Ayam Goreng Bercili Ala Minang...


Orait...masih bermomentum untuk menulis tentang resepi...saat tiba mood untuk menulis tentang perkongsian resepi...makanya kita tulis...

Kebiasaannya di hari minggu memang saya suka memasak, tapi tengok keadaan juga...kalau kesihatan mengizinkan dan keinginan untuk makan lauk-pauk tertentu yang dimasak sendiri...makanya saya masuk dapur la...

Memasak ni mmg hobi saya...terapi diri saya adalah dgn memasak...itu antaranya la...hehe..

Hokey jom kita terus kepada resepinya. Entri kali ini saya nak share menu yang saya sebut pada tajuk di atas...masak ayam goreng bercili ala minang...opkos la masakan ini pedas cket sebab menggunakan cili api yang merupakan bahan wajib la...

Walaupun pedas, tapi sedapnya mmg tak henngat...kena cuba baru tau...tapi mesti org yang suka pedas la...kalau orang tak suka pedas atau tak boley makan pedas, makanya saya harap jgn ambik sambalnya langsung...memadai dgn apa yang melekat kat ayam tu saja..tapi itupun mmg dah pedas tahap dewa...huhu.

Masak menu ni mmg sgt simple...
Simple tapi sgt sedap...hehe

Bahan2:

1. Ayam setengah ekor - potong seketul2 ikut suka saiznya.

2. Cili api dua genggam

3. Bawang besar holland satu biji

4. Bawang putih tiga empat ulas.

5. Minyak untuk menggoreng ayam dan menumis

6. Garam gula secukupnya.

Cara2:

1. Potong, cuci bersih2 dan siram juga toskan ayam.

2. Bawang besar di mayang.

3. Bawang putih ditumbuk pecah2..tak perlu lumat sgt.

4. Cili api dikisar...jgn hancur sgt. Kalau rajin boleh ditumbuk saja supaya tidak hancur lumat sgt.

5. Ayam digaul dgn garam dan sedikit kunyit. Ayam digoreng.

6. Kemudiannya, tumis bawang putih dulu kekuningan dan selepas tu masukkan bawang besar..tumis sehingga kekuningan...dan masukkan cili api yang dikisar atau ditumbuk tadi.

7. Kacau dan gaul rata...bila dah pecah minyak...masukkan gula garam..gula perlu lebih cket sbb perlu imbangkan dgn pedas cili api tadi...saya biasanya taruk dlm 3 sudu besar. Kemudiannya masukkan ayam dan gaul rata...bila dah sebati semua kuahnya maka boleh diangkat dan dihidangkan.

Selamat mencuba..mmg sgt sedap menu ni terutama bagi mereka yang suka masakan pedas...

Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...