Skip to main content

Pecutan Turbo Bagi Mencapai Cita-cita Tertinggi...

Saya masih lagi setia bersama Buku penulisan Jack Canfield dengan tajuknya "The Success Principles"...ketebalan buku ini lebih kurang satu inci mengandungi 560 muka surat..agak tebal juga, tapi kerana garapan penulisan yang menarik, juga format pemilihan tulisan dan saiz tulisan yang menarik, menjadikan kita tidak jemu dan cepat boring untuk membaca dari helaian demi helain muka suratnya. Sebenarnya telah lama saya membeli buku ini, kalau tak salah tiga empat tahun yang lalu...kini kembali membacanya semula...semasa beli dulu tidak semua bab dapat saya habiskan rasanya....

Dalam entri kali ini saya ingin berkongsi apa yang Jack maksudkan dengan "Pecutan Turbo bagi mencapai cita-cita tertinggi"..melihat kepada klausa ini...wah bagai mewah betul maksudnya...membaca klausanya saja pun sudah cukup untuk membuatkan kita sebagai pembaca rasa teruja dengan pemilihan perkataannya...apa lagi kalau kita memahami pula maksud atau apa yang ada di sebalik kata-kata itu.

Sekadar mencatatkan sepenuhnya apa yang Jack senaraikan sebagai sub tajuk dalam bukunya ini bagi menjawab klausa bombastik di atas:

1. Kita bertanggungjawab 100 peratus atas hidup ini.
2. Mengubah diri demi kejayaan
3. Membina pasukan kejayaan
4. Cipta hubungan berjaya (Saya dah share dalam entri terdahulu)
5. Kejayaan dan wang
6. Kejayaan bermula dari sekarang

Apa agaknya yang Jack maksudkan dengan "Kita bertanggungjawab 100 peratus atas hidup ini":

1. Jelas mengapakan kita berada di dunia ini.
2. Tetapkan apa yang kita mahu
3. Yakin kejayaan itu bukan mustahil
4. Percaya kepada diri sendiri
5. Menjadi paranoia songsang
6. Tetapkan matlamat dan bebaskan kuasa
7. Pecahkan matlamat dan bebaskan kuasa
8. Kejayaan dapat dibuktikan
9. Melepaskan brek kehidupan
10. Visualkan perkara yang diinginkan
11. Dapatkan perkara yang divisualkan
12. Membawa diri seolah-olah seperti orang berjaya/seolah-olah kita telah berjaya mencapai impian kita
13. Mengambil tindakan

Sekadar perkongsian ringkas apa yang ditulis oleh Jack dalam bukunya di atas yang diterbitkan pada tahun 2005. Semoga dapat meningkatkan motivasi diri kita semua..terutamanya pengunjung Blog anggerikdesa.

Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke