Skip to main content

Resepi Sedapzaini: Cekodok Pisang


Hai2 semua bertemu lagi. Hari ni hari minggu, sesambil santai2 saya teringat nak makan cekodok pisang.

Justeru, entri kali ni saya nak share bagaimana nak buat cekodok pisang atau ore kelate panggil "Jepput Pise".

Bagi penggemar dan pencinta pisang opkos takkan tolak menu ni..confirm punya! Cekodok pisang ni mempunyai keistimewaan rasanya yang tersendiri. Bila makan rasa nak lagi nak lagi dan nak lagi..itu yang jadi lepas seketul seketul akan masuk ke mulut tanpa sedar..tahu2 dah licin sepinggan...hehe...

Namun begitu, membuatnya perlulah mempunyai teknik dan caranya yang tersendiri...mesti kena ada kaedahnya...tak blh main buat saje...sebab nanti kalau keras sgt ia tak sedap dimakan hilang rasa original pisangnya...kalau terlembik pulak nanti hancur dan melekat di kuali pula...hehe. Jadinya mmg kena pandai buat supaya adunan kekal lembut tapi tak melekat di kuali semasa proses menggoreng...selalunya berlaku bila kita nak cekodok tu lembut maka kita kurangkan tepungnya tapi bila goreng ia melekat..bila kita tambah tepung dia jadi keras pulak...

Cekodok yang sedap adalah apabila ianya lembut dan rasa pisangnya...tidak berminyak dan dimakan masa masih suam2 panas tu...mmg perghhh sgt!

Ini ada tipsnya yang sangat mudah..jom  kita tengok bagaimana cara saya membuat cekodok pisang yang enak dimakan, terasa lembut dan originality pisang tu masih terasa.

Bahan2:

1. Pisang masak 6 biji (pisang apapun tak apa, tapi kalau pisang kapas lagi sedap pada saya. Pisang kapas ni susah nak dpt). Kalau pisang dah ranum lagi sedap buat cekodok..
manis2 pisang tu akan lebih menyedapkan.

2. Gandum 7 atau 8 sudu besar. Tips untuk adunan betul2 sesuai adalah, mengikut portion satu biji pisang bersamaan dgn satu sudu besar penuh gandum..

3. Gula 3 sudu besar. Kalau tak tak suka manis boleh kurangkan kpd 2 sudu besar.

4. Sedikit air dlm tak sampaipun 1/4 gelas..sedikit sgt sekadar untuk sebatikan gula dan pisang.

Cara2:

1. Kupas kulit pisang. Masuk dlm bekas dan masuk gula dan air. Lenyek2 kan guna gelas plastik. Guna bhgn blkg gelas tu ya.

2. Dah lenyek sebati pisangnya...boleh masukkan gandum..kacau2 sebati dan boley digoreng. Guna api sederhana...masa mula2 goreng pastikan minyak dah panas ya...kalau minyak tak panas nanti melekat pulak adunan di kuali...mmg punah ranah la cekodok tu...hehe

3. Bila dah kekuningan gorengannya, boleh diangkat dan dihidangkan...

Selamat mencuba..pasti sedap tak henggat...


Salam Hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...