Skip to main content

Resepi Sedapzaini: Daging Singgang


Dulu2 saya tak berapa pandai sangat nak buat daging singgang ni...tapi dlm lima enam tahun yang berlalu saya suka pulak dgn menu ini...jadinya saya mula mencari info ttg resipi memasaknya. Resipi daging singgang ni saya dpt dari kawan2 saya di kelate dan saya  ubah suai mengikut citarasa saya...opkos la...hehe.

Daging singgang ni pada saya mmg mempunyai keistimewaan rasanya yang tersendiri...kalau pandai membuatnya mmg rasanya sgt sedap...tidak terkata...confirm hingga menjilat jari la..

Sinonim dgn menu daging singgang ni, rasa dia mestilah kena cukup lengkap dgn masin, masam...mmg wajib rasa menu ni mmg macam gitu!

Jom kita tengok resipi daging singgang kelate ala masakan saya ya..

Bahan2:

1. Daging sekilo
2. Bawang merah kecil tujuh lapan biji
3. Bawang putih 7 ulas
4. Asam keping empat lima keping
5. Cili api tiga empat tangkai- optional
6. Cili kering empat lima tangkai
7. Lengkuas besar cket saiz ibu jari
8. Halia besar cket saiz ibu jari
9. Budu dua sudu besar
10. Garam dan nise kelate secukup rasa.
11. Ketumbar satu sudu kecil disangai
12. Perasa - optional

Cara2:

1. Daging dipotong nipis spt dlm gambar. Dicuci bersih, disiram dan ditoskan.

2. Bawang merah, bawang putih dimayang. Lengkuas dan halia dipotong bentuk kepingan2 atau sekadar ditumbuk pecah2. Cili api dipotong besar2. Cili kering dipotong tiga. Ketumbar yang telah disangai ditumbuk pecah2 saja.

3. Masak daging dlm bentuk rebusan sehingga empuk...Masukkan air mengikut berapa byk kuah yang diinginkan...tapi jangan terlalu byk...perlu seimbang dgn bawang2 tadi...biasanya dlm lima enam gelas memadai.

4. Bila daging dah empuk..tambah air kalau air dan kurang. Masuk semua bahan pada nombor 2...biarkan sebati dlm 20 minit...biar aroma bahan2 tadi menyerap ke dlm daging.

5. Kemudian masukkan garam dan nise juga budu..bila dah cukup rasanya maka boley la diangkat dan dihidangkan.

Selamat mencuba...daging singgang ni mmg sedap...kalau musim raya korban..daging baru2 disembelih mmg sedap dimasak singgang, manis2 daging dan kesegaran daging korban  yg baru lepas disembelih mmg akan menambahkan lagi kesedapan daging singgang ini.

Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...