Skip to main content

Lebih Fleksibel Lebih Baik...

Tersedar awal pagi ni...just take a deep breath sat...then terasa lapar la pulak...awat lapar pepagi ni...owh baru teringat mlm tadi tido awal rupanya...tak tersedar pukul berapa terlelap tapi yang pasti awal drpd rutin tidur ...

Kira hokey la...atleast dpt rehatkan badan sepenuhnya setelah dua hari di permulaan minggu ni agak pack betul..."huru hara sekejap rasa kehidupan"...emosi pun "merudum"...tapi semoga emosi cepat baik...senyum dan istigfar selalu...itu ubat nya...

Dua hari ni exhausted nya memang tahap dewa...rasa macam betul2 nak mencari masa rehat solid tanpa gangguan..bagi recharge sepenuhnya rasa fatigue yang mencecah siling ni...tapi takkan macam gitu pulak kan...rutin kerja harian perlu diteruskan...semangat dan momentun mesti maintain.....

Ya betul ada masa-masa yang kita rasa sgt hectic...makanya kita perlu bijak untuk handle masa dan situasi...biar kita yang handle masa dan situasi tu...jangan biarkan masa dan situasi yang handle kita...kalau masa dan situasi yang handle kita makanya gagal la kita nanti kemudi kapal kita...analoginya biar kita yang handle kemudi kapal kita..bukan ombak dan badai juga angin dan ribut taufan yang handle...karam nanti kapal...hehe...

Bila rasa terlalu full...terlalu hectic....terlalu buzy back to back...jangan cepat tunduk dan mengalah pada keadaan...relaxkan minda jap..kosongkan fikiran sekejap...lari drpd rutin sat...balik awal dari ofis...dan paksa diri untuk tidur awal supaya kita dapat refresh dan recharge tenaga dalam badan kita...pasti keadaan diri akan pulih semula dan dan rutin dpt diteruskan seperti biasa.

Bila badan telah terlalu penat...fikiran telah terlalu penat..do not push for anything...jangan push diri...senyum selalu..kurangkan bercakap atau cakap benda yang baik2 saja...just enjoy the moments...itu cara merawat diri untuk hasil yang segera....bila dah okey nanti..boleh back to normal.

Jadinya apa kaitan tajuk penulisan ini dengan apa yang telah saya tulis di atas...ya for sure la ada perkaitan...

Saya ingin menyatakan bahawa dalam hidup ni toksah la kita terlalu rigid pada diri kita sendiri dan opkos la pada diri orang lain di sekeliling kita...kerana sikap terlalu rigid ini nanti akan lebih mengeruhkan dan menyulitkan...

Lebih fleksibel itu adalah lebih baik...boleh dilentur dan bersifat "stretchable" untuk disesuaikan dgn semua situasi dan keperluan...

Dengan diri sendiri...lebih fleksibel la...kalau penat maka rehatlah dulu...kalau rasa nak marah...silent dulu adalah lebih baik...jangan cepat melatah...jangan cepat jump to the conclusions....jangan cepat melenting....cuba tarik nafas sat...

Kalau rasa fikiran bercelaru kosongkan minda dulu...
bagaimana nak kosongkan minda..dgn melakukan apa yang kita suka..fikirkan yang baik2...umpama minda itu kita bayangkan sedang menikmati keindahan deruan ombak di pantai..dgn pemandangan yang cukup indah, damai dan tenang...dan sudah pasti cakap juga yang baik2...elakkan "bergosipping" di saat kita dalam keadaan yang penuh kecelaruan...bukan apa, bila berckp perkara2 yang tidak baik...aura negatif nanti menguasai diri...maka diri kita akan lebih berasa tidak selesa dan tidak tenang....jadinya elakkan saja...

Fleksibel juga boleh kita kaitkan dlm konteks yang lain..contohnya dalam pengurusan dan pentadbiran kita...lebih fleksibel la kita dengan anak2 buah seliaan kita dan dengan individu atau pihak yang kita berhubung...dalam erti kata lain...lebihkan budi bicara instead of rigid kepada peraturan...guna pendekatan komunikasi yang lebih fleksibel...strategi yang lebih jujur dan bukan "strategi mengelat" ...sentiasa hormati orang, jaga air muka orang, mudahkan orang dan jangan merumitkan perkara yang boleh dimudahkan...

Setakat ini dulu perkongsian dalam entri kali ni...jam pun dah menunjukkan pukul 5.15 pagi..nak bersiap2 meneruskan rutin harian seperti biasa...semoga hari ni lebih baik dan lebih mendamaikan...dimudahkan segala urusan terutamanya urusan kerja yang agak complecated yang perlu dibereskan hari ni...insyaAllah...Allah mudahkan...

Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...