Skip to main content

Karakter versus Intelektual...

Malam ni tiba2 datang idea nak menulis tentang tajuk ini..."Karakter versus Intelektual"...wahhh bagai kebabom la pulak bunyi  tajuknya kan...padahal biasa2 saja.

Seperti biasa sekadar penulisan santai2 sesambil asah minda untuk berfikir saja...apa yang datang di fikiran semuanya dipersembahkan dalam bentuk tulisan tanpa berikan keseriusan kepada kehebatan contents nya...

Aduhai la mata..dah kita tgh ada idea dok dtg ni dia macam ngantuk la pula...hmmm trend tidur awal dari rutin dua tiga hari ni...penat sgt kot agaknya RZH ni...hehe..ya la dlm minggu ni saja dua kali ulang alik ke kampus induk...hari ni pun seharian di kampus induk...esok lagi setengah hari untuk slot syarahan kepimpinan dari our Chairman...mmg looking forward untuk dgr talk dari Tan Sri...kot manapun wajib hadir...sebab ini bidang yang saya minati...mmg soul saya semua perkara yang berkaitan dengan communications dan leadership.

Orait berbalik kepada karakter...apa yang kita faham dengan karakter ni. Kalau mengikut pemahaman saya, karakter adalah perangai atau watak atau tingkahlaku seseorang. Ianya juga berkait dengan budi pekerti dan nilai diri juga keperibadian. Karakter ini dapat dilihat terus dari cara bagaimana kita membawa diri kita. Secara sepintas berdasarkan karakter kita orang boleh membuat penilaian tentang diri kita.

Intelektual pula, pada saya ia didefinisikan sebagai tahap cerdik dan bijaknya seseorang itu...tahap penguasaan ilmu yang menjadikan seseorang itu dilihat sebagai seorang cendikiawan, orang yang berilmu pengetahuan tinggi dan terpelajar.

Secara umumnya, seseorang yang mempunyai karakter yang baik dan tahap inteletual yang tinggi, maka bonus la kepada empunya diri. Memang perfect la untuk dia...pastinya kedua-dua komponen ini akan menjadikan seseorang itu sangat berpengaruh dan disenangi oleh semua orang.

Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir orang yang mana tahap intelektualnya sangat baik tetapi spoiled pulak dgn karakternya...
karakter yang biasanya menjadikan seseorang itu spoiled adalah sikap angkuh, sombong, besar diri, rasa diri hebat, suka rendahkan orang, perli orang, mengambil kesempatan, pentingkan diri, banyak hasad dengki dsbnya lagi. Kebiasaannya orang sebegini banyak berdrama dan bertopeng...kerana itulah menjadikan dia kelihatan smart dan profesional "di luar landasan"...orang sebegini dari pandangan mata kasar dilihat seakan berpengaruh tetapi hakikatnya dia akan menyulitkan dan menyusahkan organisasi. Orang sebegini mengangkat diri dia sendiri dengan cara "memijak orang lain".

Dalam hidup ni mmg kita perlu smart dalam apa jua yang dilakukan tetapi biarlah smart "atas landasan" dan bukan smart "di luar landasan"..
dalam erti kata lain jangan "main kotor" la....

Terdapat juga satu golongan lagi yang mana dia mempunyai karakter yang sangat baik dan terpuji tapi dlm masa yang sama tahap intelektualnya mungkin rendah sedikit. Orang sebegini adalah lebih baik sebenarnya daripada orang yang tahap intelektual tinggi tapi karakter sangat tidak baik. Kerana apa, kerana karakter yang sangat baik dan terpuji itu dapat membeli hati semua orang dan memudahkan. Ciri-ciri ini akan menenggelamkan kekurangan tahap intelektual yang ada pada dia.

Justeru, seandainya kita mencari seorang ketua, pilihlah yang mempunyai karakter atau budi pekerti yang baik...walau kurang sedikit daripada aspek inteletualnya..
tak mengapa kerana soal ilmu pengetahuan dan kemahiran itu, ianya boleh dituntut, dilatih dan dibimbing....tapi kalau soal karakter yang tidak baik, ianya tidak boleh diubah kerana soal karakter ini adalah soal azali dalam diri dan telah menjadi darah daging...memang agak sukar untuk diubah. Orang sebegini mmg akan menyusahkan dan memusnahkan organisasi.

Kesimpulannya, pilih la untuk menjadi manusia yang beradab dan berbudi pekerti baik, jauh dari sifat sombong dan angkuh...tuntutlah dan cari lah ilmu dan kemahiran sebanyak mungkin untuk melengkapkan diri kita dengan kedua2 nya sekali dan mencapai bonus bila kita cemerlang kedua2nya.
Tiada untung nya memiliki karakter yang "menyesakkan" dada dan "menyemakkan" mata orang sekeliling kita.

Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...