Malam ni singgah sekejap ke blog...saje2 mengintai dan menjenguk "bertanya kaba"...tiba2 rasa nak menulis juga...hmmm...penat dah sebenarnya..tapi kerana pada saya penulisan itu satu terapi...maka menulis juga...
Fikiran sebenarnya tak mampu lagi untuk berfikir yang berat2...jadinya pada entri kali ini saya memilih untuk berkongsi penulisan dari Jack Canfield, salah seorang penulis Bestseller Chicken Soup for the Soul...saya membaca bukunya yang bertajuk "The Success Principles"...sekadar berkongsi salah satu tajuk dalam buku ini, iaitu "Cipta perhubungan yang berjaya".
Kata Jack:
Dalam mencipta perhubungan yang berjaya...seseorang itu perlu mengamalkan prinsip-prinsip berikut:
1. Mendengar dengan teliti
Katanya "mendengar beratus kali. Memikirkannya beribu kali. Bercakap hanya sekali". Kurangkan berdebat dan banyakkan mendengar. Tunjukkan minat, bukan menjadi orang yang diminati.
2. Proses Heart Talk (Bercakap dengan hati)
Kebanyakan komunikasi ada persamaan dengan permainan bola ping pong, iaitu orang hanya bersedia bagi melontarkan pendapatnya, tetapi berhenti sejenak bagi memahami pendapat dan perasaan yang berbeza dapat menjinakkan lawan dan menjadi kawan sepasukan yang baik ~ Cliff Durfee
Heart talk adalah proses komunikasi berstruktur di tahap peringkat yang paling jujur tanpa perlu berasa takut dikritik. Ia adalah proses yang paling berguna untuk menarik keluar dan membebaskan emosi yang terpendam.
3. Segera bercakap benar
Kita akan berasa lega bila bercakap benar. Hubungan akan dirasai lebih rapat. Bercakap benar akan mengelakkan kita melukai perasaan orang lain.
4. Bercakap dengan jelas
Bercakap dengan niat dan penuh integriti. Kata-kata perlu seiring dengan apa yang kita ingin hasilkan. Bercakap benar akan menaikkan semangat, dan mengiyakan nilai orang lain. Berhenti berbohong kerana berbohong itu akan membuatkan orang hilang kepercayaan kepada kita.
5. Apabila was-was, periksa semula
6. Jadikan penghargaan luar biasa amalan biasa
Kajian pengurusan mendapati bahawa 46% pekerja meninggalkan syarikat kerana mereka berasa tidak dihargai. 61% berkata ketua mereka tidak mengutamakan mereka sebagai individu dan 88% berkata mereka tidak menerima pengiktirafan atas kerja yang dilakukan.
Penghargaan adalah rahsia kejayaan - apabila kita berada dalam keadaan menghargai, kita berada dalam keadaan getaran emosi tertinggi. Hukum tarikan menyatakan bahawa suka menarik suka, kita menarik lebih banyak kemewahan serta menjadi lebih banyak untuk disyukuri dan lebih banyak yang kita dapat.
7. Pelihara persetujuan
Tepati janji. Soal integriti dan estim diri.
8. Bawa diri dengan bergaya
Mengekalkan ketenangan dan kelembutan walaupun sedang tertekan. Menentang kebakhilan, perkara remeh-temeh dan kekasaran bahasa. Bertanggungjawab ke atas tindakan dan hasilnya. Meneguhkan integriti dalam apa jua suasana. Mengembangkan erti menjadi manusia.
Sekadar perkongsian cuma penulisan daripada Jack Canfield. Semoga bermanfaat buat kita semua.
Salam Hormat,
RZH
Comments
Post a Comment