Skip to main content

Resepi Sedapzaini: Ikan singgang ala kelate...


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang sudi singgah di blog saya...

Sekian lama tidak menulis tentang resepi...jadinya entri kali ni saya ingin berkongsi ttg bagaimana membuat singgang ikan atau bahasa ore kelate "singge ike"...

Kebiasaannya untuk singgang ikan kita menggunakan ikan kembung, ikan selar kecil atau selar besar, ikan tongkol a.k.a ike ayo dll. Namun pada saya yang paling sedap dan paling top adalah bila kita guna ikan tongkol...memang ikan tongkol ni rasanya sgt sedap bila dimasak singgang. Di kelate kalau masakan singgang mmg kebanyakannya akan guna ikan tongkol. Walau bagaimanapun terpulang kpd citarasa masing2 ya...

Alkisah citer ike singge sebenarnya ada satu hari tu saya teringin nak makan ike singge...makanya kebetulannya otw balik from somewhere singgah la kat satu kedai ni...hari pulak baru lepas hujan...mcm terbyg aje kesedapan ike singge dgn budu...bila tanya menu kat kedai ni, ada pula menu untuk ike singge dgn budu...wahhhh best la saya rasa sbb keinginan saya pada masa itu dpt ditunaikan...hehehe...

Slps pesanan tiba, makanya saya merasa lah ike singge tu...hmmmm tak berapa kena agaknya dgn selera saya sbb ike singge ni rasanya lebih kepada tomyam putih...ike singge ni ditaruk serai....mungkin ini ala ike singge cara depa...tapi saya nak mkn ike singge ala ore kelate...original rasa ike singge kelate...makanya hari ni saya kena la masuk dapur...masak sendiri...

Hokey, jom kita kita pergi kpd bahan2nya ya...masak ike singge ni mmg sgt mudah..dan opkos bahan2nya pun sgt mudah juga.

Bahan2:

1. Ikan tongkol juga dipanggil ike ayo kalu ore kelate.
2. Bawang putih lima enam ulas
3. Lengkuas di potong2 nipis berkeping dlm tujuh lapan keping
4. Cili api untuk menyedap rasa dlm 10 biji
5. Asam keping dlm lima enam keping
6. Sedikit gula melaka a.k.a. nise kelate...kalau tak ada tak apa tak perlu bubuh.
7. Garam dan sedikit penyedap rasa a.k.a. ajinomoto
8. Gula putih..ada org taruk dan ada org tak taruk...terpulang pada masing2...dulu2 saya tak taruk tapi slps ada tgok seorang makcik di kampung saya,  dia masak singge dia taruk sedikit gula dan sedap la pulokk...makanya ada masa saya jugak taruk...ada masa saya tak taruk.
9. Air ikut suka..kalau nak kuah byk lebihkan sikit...tapi jgn berlebih sgt sampai tak seimbang dgn bawang putih dan asam keping tadi. Air biasanya kita letak asalkan menenggelamkan ikan...singgang ni dia ala2 kita merebus ikan...hehe.

Cara-cara:

1. Siang dan cuci ikan bersih2 dan potong mengikut saiz yang digemari..biasanya potong dlm jarak lebih kurang seinci. Siram dan toskan.

2. Masuk dlm periuk. Masuk air dan masuk semua sekali bahan2 di atas. Bawang putih dimayang, lengkuas dipotong2...juga asam keping. Cili api masukkan masa dekat nak angkat nanti.

3. Bila menggelegak boleh masuk garam gula dan nise tadi...masukkan secukup rasa. Singge ni dia wajib rasa masam dan masin2 cket..juga ada rasa lemak2 cket tadi...yang kita balancekan masam tu dgn sedikit saja rasa manis gula...tapi jgn sampai terasa manisnya...gula tu dlm sesudu lebih saja...

4. Slps menggelegak dlm 5 minit sudah blh diangkat dan dihidangkan.

Selamat mencuba...mmg sedap ikan singgang ni...kalau di kelate ia dimakan bersama budu dan ulam2..mmg superb tak toleh kiri kanan dah...rasa singgang ni mmg lain macam cket sedapnya...boley cuba nanti!

Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...