Skip to main content

Perkongsian Penulisan Ustaz Mohd Asri Zainul Abidin


Bertemu kembali dalam entri kali ni...sekadar berkongsi penulisan Prof. Madya Dr. Asri...perkongsian ringkas cuma...

Hujung minggu hari tu tak sempat menulis langsung...idea seakan ada tapi kesempatan waktu tidak mengizinkan..di tambah pula dengan rasa "kepenatan" sedikit...dan mood pun habis "terjun gaung" sebenarnya...perlu mencari kembali mood yang hilang dan membawa semula ke titik koordinat nya...baru lah balance nanti...

Masa pula begitu cepat berlalu..pejam celik pejam celik...lorrr esok dah Rabu😱 minggu ini bakal berakhir lagi....minggu baharu akan muncul lagi. Aduhai...sekejapnya...
sedarkah kita semua ini dah nak masuk Mei 2019...Allahuakbar baru semalam 1 Januari 2019...hmmmm


Orait lupakan sekejap tentang masa yang begitu pantas berlalu...bagai kilat kan..anyway, kot mana pun tetap ingin menulis juga...atleast dpt berkongsi sesuatu yang bermanfaat...dan yang penting hati tenang dan hepi bila dpt menulis....😁.

Memetik tulisan Ustaz Mohd. Asri Zainul Abidin dalam Bukunya berjudul "Penawar Duka Pengubat Sengsara"...di bawah sub tajuk: Bila usia menjelang 40....

"Waktu berlari dengan pantas. Detik  jam  hari, minggu, bulan dan tahun terus beredar dalam kealpaan insan atau sedar. Waktu yang berlalu tidak pernah menunggu persetujuan kita atau menunggu sambutan tahunan. Sama ada ia disambut atau ditentang tiada siapa dapat menghalang perjalanannya. Ia terus datang dan pergi. Berlari tanpa henti."

"Dalam setiap nafas insan yang disedut atau dihembus keluar, waktu terus beredar. Waktu tidak pernah hirau yang mati atau yang hidup. Waktu terus datang tanpa diundang dan ia akan berlalu tanpa dihalang."

"Saya menulis tulisan ini ketika melihat tanpa mampu menghalang usia sendiri yang semakin bergerak menuju 40 tahun. Tidak berapa lagi, angka itu akan menjelang."

"Ramai orang berfalsafah tentang usia 40. Ada yang berkata ia permulaan "kenikmatan hidup", ada pula tang berkata ia adalah "permulaan tarikh luput kehidupan." Ada yang berkata ia adalah "detik untuk mula berpesta dengan hidup." Ada yang kata usia 40 mula jadi "orang tua".Ya! 40 juga menamatkan usia "pemuda" dalam banyak organisasi."

"Jika kita kembali kepada Allah Tuhan yang mencipta usia insan  yang menentukan panjang atau singkatnya, maka kita dapati Al-quran memberikan ingat tentang usia 40 tahun dengan penuh makna dan menusuk jantung hati."

Itu kata2 Ustaz Asri dalam penulisannya...sekadar perkongsian jua...semoga bermanfaat buat kita semua..sesekali kita fokuskan pemikiran dan penghayatan kita kepada sesuatu yang secara surface nya nampak mudah..tapi hakikatnya bila dihayati secara mendalam...kita akan "merasai sesuatu....hati pasti terusik"....itulah namanya keikhlasan dan kejujuran yang ada dalam diri...

Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke