Dua tiga hari lepas terbaca satu buku berkaitan dengan "Law of Attraction".
Salah satu yang menarik perhatian saya adalah kata penulis ini tentang satu perkara yang boleh menyumbang ke arah mengekalkan dan meningkatkan motivasi diri kita.
Kata penulis, pada setiap minggu atau setiap bulan tulislah atau senaraikan tentang apa impian kita atau apa yang kita inginkan berlaku..tuliskan atas sekeping kertas atau di buku catatan.
Saya strongly agree dengan apa yang dikatakan oleh penulis. Mengapa saya berkata begitu...kerana saya kira tanpa sedar saya melalui situasi ini, di mana dengan penulisan yang sentiasa saya titipkan, sebenarnya secara tidak langsung telah memberikan motivasi dan inspirasi dalam dunia saya tersendiri.
Justeru, buat semua pengunjung di blog anggerikdesa ini, mungkin boleh mencuba idea daripada penulis ini dengan menyenaraikan impian diri...sekurang-kurangnya boleh dilakukan setahun sekali. Kalau sebulan sekali lagi baik lah. Impian ni bila sudah ditulis jangan lesapkan di pandangan mata...baca selalu dan kalau boleh pamerkan di suatu sudut yang hari-hari kita akan melihatnya.
Senaraikan saja...jangan segan2 untuk memyenaraikan. Kalau kita tidak senaraikan pun memang impian itu sudah ada dalam mind kita..sudah ada dalam hati kita...cuma bezanya bila kita tulis, makanya kita telah memindahkannya daripada bentuk bukan nyata kepada bentuk nyata, iaitu bentuk tulisan.
Saya pasti semua kita tahu bahawa, bila sesuatu itu kita jelmakan dalam bentuk tulisan, maka kita sebenarnya secara tidak langsung telah membuat komitmen. Di mana komitmen ini lah yang akan menjadikan bermotivasi dan bersemangat untuk kita capai apa yang telah kita patrikan itu.
Justeru, jom kita mula tulis impian kita. Bila dah tulis, sentiasa kita baca dan bayangkan yang insyaAllah kita akan dapat. Bayangkan (visual kan) secara yakin kita akan dapat! Ini lah dia sebenarnya konsep LNP dan Law of Attraction.
Selamat mencuba!
Salam hormat,
RZH
Comments
Post a Comment