Skip to main content

Bihun Goren Sedap...

 

BIHUN GORENG
anggerikdesa

Hari Ahad, hari last di hujung minggu yang ada masa untuk memasak menu breakfast. Kalau hari kerja memang tak nyempat nak sediakan breakfast berat2 ni😁.

Jadinya, pagi ni goreng Bihun ala bonda di kampung dan air lada pula ala ummi. Sejak kecil bila makan bihun ni memang wajib pelengkapnya dengan air lada. Dan sudah pasti pelengkap lagi satu yang wajib bila makan bihun adalah keropok goreng...

Dulu2 masa sekolah rendah, bila beli bihun memang akan beli dengan keropok sekali. Lepas tu keropok tu dihancurkan dan digaul dalam bihun. Bihun masa tu dijual dalam plastik, makanya keropok di penyek2 dalam plastik bihun tu😆Baru lah win cara makannya😂

Buat bihun ni simple saja sebenarnya. Kalau sebungkus bihun tu kita guna lima enam ulas bawang putih, lima enam ulas bawang merah dan dalam tujuh lapan tangkai cili kering. Bawang putih tumbuk berasingan dan bawang merah dengan cili kering tu blend bersama. Masukkan sedikit belacan jika suka masa blend tu. Tujuan belacan ni untuk bangkitkan bau dan rasanya. Jika tak suka belacan, tak perlu masukkan. Cili kering tu rendam air panas dulu untuk bagi cili tu lembut dulu dan mudah untuk blend nanti.

Kemudian tumis bawang putih dulu sekejap dan diikuti dengan bahan yang diblend tadi. Tumis dalam 10 minit hingga pecah minyak dulu dan masukkan rencahnya sama ada ayam atau daging. Biar ayam atau daging empuk dulu. Tutup dulu kuali bagi percepatkan proses daging untuk empuk. Kalau guna rencah ayam, lebih cepat empuknya, tapi kalau daging agak ambil masa cket. 

Then masukkan sos cili dan sedikit sos tomato, gula dan garam secukupnya. Masukkan bihun, kacau serata. Tutupkan sekejap dalam tiga empat minit dan boleh dibuka. Kemudian goreng sampai airnya kering. Bihun ni perlu direndam dulu dalam setengah jam ya sebelum digoreng.

 

Keropok ikan dimakan bersama bihum


Air lada dimakan bersama bihun

Selamat mencuba!


anggerikdesa
RZH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...