Skip to main content

Roti Lembut Gebu Kaedah Tangzhong..

Lewat malam tadi sibuk pula minda ni teringat nak membaking roti. Tiba2 jadi teringat ni sebab gara2 dok tengok2 info2 di youtube kot ada yang menarik perhatian saya..tiba2 muncul di skrin resepi roti paung ni. Lama sangat dah rasanya saya tak buat roti ni. Tiba2 rasa nak buat. Fikiran menerawang membayangkan roti hasil tangan sendiri. Aduhai tak sabar la pulak.

Hmmmm..sudahnya hari ni tak sabar nak keluar awal dari ofis untuk buat roti ni yang sejak malam tadi mengganggu fikiran. Dalam pukul 5.30 pm saya dah tinggalkan ofis.

Bercerita tentang bahan2 buat roti ni, awal2 lagi masa lunch time tadi called Mr. Husband minta belikan tepung roti, yis, fresh milk dan inti kacang merah (readymade). Bahan2 lain memang dah ada kat rumah. Roti punya pasal, sempat pula mendail Mr. Husband..hehe kalau tidak, tak adanya menyempat untuk hello..

Justerunya sampai aje di rumah terus aje ke dapur...tak sabar la pula nak lihat roti ni siap dan terhidang di meja. Saya plan buat roti kosong aje...mmg niat nak makan mcm gitu aje atau cicah kopi o atau nescafe. Memang sedap. Tapi oleh kerana inti badak berendam lebihan masa buat hujung minggu hari tu masih ada, makanya saya buat jugalah bun yang ada inti kelapa ni.

Roti ni orang kata di sebelah Pantai Timur dipanggil "Roti Paung". Hmmmm...mungkin belah Tganu saja kot..sebab di Kelate tak ada pula kawasan saya dipanggil roti paung..tak pasti lah pulak kalau area lain. Yang pasti di sebelah Perak memang dipanggil roti paung sebab MIL mmg sebut roti ni roti paung.

Dalam pukul 7.30 mlm, maka siap lah dough roti ni..saya guna mixer sebab tangan tak berapa kuat sgt untuk menguli...roti kali ni saya guna teknik tangzhong (menggunakan adunan daripada tepung gandum dan air sebagai pelembut roti). Teknik ni saya tengok di youtube malam tadi..makanya masa buat ni saya cuba guna teknik tu. Roti yang telah siap dibentuk ni dibiarkan dulu dalam sejam lebih untuk proses roti tu naik dua kali ganda. Antara masa tu saya menguruskan diri dulu. Dalam pukul 9 lebih saya mula bakar roti ni dalam oven. Bakar roti ni dalam 10 ke 12 minit saja, maka done.

Hasilnya memang saya suka. Terapi pada mata dan hati...








Bagi yang ingin mencuba resepi saya bolehlah menggunakan sukatan ini.

1. Satu kg tepung roti/tepung gandum
2. Telur kuning 3 biji.
3. Yis 11 gm (1 paket)
4. Fresh milk satu setengah cawan
5. Susu tepung 3 sudu besar
6. Gula 3 sudu besar
7. Garam setengah sudu teh
8. Butter 80gm cairkan
9. Adunan pelembut roti (tiga sudu besar gandum campur 250ml air. Kacau atas api hingga pekat.
10. Susu cair dan sedikit pewarna kuning untuk sapu atas roti sebelum dibakar.

Cara-caranya pula, masukkan yis dalam air suam dengan satu sudu gula dan biarkan dalam 10 minit. Campurkan semua bahan dan uli tangan atau guna mixer. Kalau mixer memadai dlm 15 minit. Kalau uli tangan dlm setengah jam, sehingga elastik. Biarkan dough selama sejam ke sejam setengah. Kemudian bentukkan adunan mengikut bentuk yang disukai. Selepas tu biarkan lagi dlm 40 minit sebelum dibakar dalam oven selama 10 ke 12 minit api atas bawah pada suhu 150C bergantung kpd oven masing2.

Maka siaplah roti yang menjadi igauan dan dambaan saya sejak malam tadi, sampaikan tak sabar2 nak membuatnya. Bila dah buat tu..hati rasa happy...bila melihat "kemenjadiannya". Alhamdulillah. 
Justerunya, seperti biasa dalam hidup ni buatlah apa yang kita suka dan apa yang membuat hati kita happy...hatta kalau memasak itu terapi diri...makanya memasaklah....

Sekadar bicara santai,
anggerikdesa
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...