Skip to main content

Salam Pembuka Tirai 2021...


Selamat Tinggal 2020
Selamat Datang 2021

Roda kehidupan terus berputar dan sedar tak sedar malam ini kita telah berada di malam terakhir tahun 2020. Kita kini di ambang 2021. Hari ini sudah 31 Disember 2020 rupanya...serasa baru semalam "pintu" 1 Januari 2020 dilangkah masuk. Sudah 12 bulan🤔

Beberapa jam saja lagi bila tiba detik 12 malam, makanya beralih la tahun ini ke tahun berikutnya...2021. Maka berlalulah 2020....dan kita tak mungkin dapat kembali ke tahun ini lagi. Kerana itu setiap saat detik masa yang ada perlu kita hargai dan manfaatkan sebaiknya kerana bila ia telah berlalu kita tak mungkin dpt kembali ke saat itu lagi...kerana itu lah dikatakan masa itu emas.

Sebenarnya, masa yang kita lalui ini begitu pantas masa berlalu, seakannya sepantas kilat. Sehingga 12 bulan yang berlalu tidak begitu terasa. Segala bentuk rasa suka duka dalam kehidupan telahpun dilalui. Itu sudah pasti. Hidup ini memang sifatnya dikelilingi dengan rasa suka, duka, derita dan bahagia yang datang dan pergi silih berganti.

Semua rasa itu memang lumrah. Apa yang perlu untuk kita adalah melaluinya dengan penuh kesabaran, tabah, redha dan berlapang dada...sentiasa latih diri untuk belajar berdamai dengan apa jua situasi, makanya insyaAllah kehidupan kita akan bahagia dan tenang.

Malam ini Buku 2020 perlu kita tutup kerana malam ini kita perlu bersedia dengan Buku 2021. Justeru, biarlah semua kenangan suka duka itu kita abadikan dalam kenangan dan disimpan rapi di lipatan hati. Jika yang suka dan bahagia, jadikan lah ia sebagai dorongan dan semangat kepada diri. Jika yang duka dan derita, jadikanlah ia sebagai sempadan. Kenangan yang membahagiakan kita bawa bersama manakala bagi kenangan yang memedihkan,  tinggalkan lah ianya dalam balutan kenangan yang tidak perlu dibuka lagi...buangkan jauh-jauh daripada minda kita!

Senaraikan lah "WISHLIST" kita untuk tahun 2021. Wishlist ini penting kerana ia akan menjadi pemacu, inspirasi dan motivasi buat kita untuk terus menambahbaik diri untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

Jangan lupa juga untuk membuat penilaian terhadap Wishlist 2020 agar kita tahu pencapaian diri kita sepanjang 2020 dan kita tahu apa yang perlu kita berikan fokus yang lebih.

Sekadar perkongsian dan garapan santai menyambut kedatangan 2021. Doa saya semoga kita semua akan terus cemerlang pada tahun 2021 dengan rahmat, keberkatan dan kasih sayang Allah berpanjangan. 
Aamiin.

SELAMAT TAHUN BARU 2021!

Salam Hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...