Skip to main content

Abah...Damailah di sana.

Allahu...

Innalillahiwainnailaihirajiun...

Malam tadi mendapat perkhabaran duka atuk (ayah kepada ummi) dijemput Allah. Sedih sangat rasa di kejauhan ini. Tak dapat menatap wajah abah buat kali yang terakhir. Tak dapat mengiringi perjalanan akhir abah ke dunia abadi.

Abah pergi dalam keadaan yang sangat tenang pada malam 15 Disember 2020, Selasa. Semoga Allah melapangkan kubur abah dan mencucuri rahmat buat roh abah. Kesedihan sudah pasti tidak terbendung, sebak di dada hanya Allah jua yang tahu...memang kenangan yang sangat mahal dan indah peluang dapat masuk dalam keluarga abah dan ma suatu ketika dulu..

Abah dengan ma sangat baik orangnya, lembut tutur kata dan indah budi pekertinya. Sehingga kini takkan lupa kenangan di Kg. To' Dokang, Banggol dan Beris  Lalang, Bachok..kenangan zaman di awal remaja. Banyak sangat yang dilalui. Teringat dok sembang dengan arwah ma sesambil arwah ma dok buat kerja2 di dapur, atau kerja2 kat luar rumah. Ma orangnya suka memasak dan mengemas2..Allahu rindunya...😥 

Kata Ummi, abah pergi dalam keadaan yang sangat baik. Ummi seharian di samping abah sehingga ke saat lucutnya nafas abah. Abah dijemput sebaik usai solat maghrib. Abah pergi dalam keadaan yang sangat tenang. 

Mengimbau puluhan tahun yang lampau, masa di awal umur belasan tahun sering kali di hujung minggu ayah dan ummi membawa saya dan kakak ke rumah ma dan abah. Kami akan habiskan hujung minggu berada di rumah arwah abah dan arwah ma di Kampung To' Dokang masa sebelum abah dan ma berpindah ke Beris Lalang, Bachok. 

Di rumah ma dan abah, kami banyak belajar banyak perkara tentang kehidupan. Ma dan famili belah ummi juga jenis famili yang suka masak2 dan pandai masak sama macam famili belah ayah dan belah mek juga. Ayah berkahwin dengan ummi masa saya dan kakak nak memasuki sekolah menengah. Suasana di Kg To' Dokang ni suasana kampung yang sangat tenang. Saya suka menghabiskan masa di sini. Banyak aktiviti zaman awal remaja saya lalui di sini yang sebelum ini saya tak pernah lalui. Antaranya, mandi sungai, cari "etok" di sungai, dan berakit dan berperahu semasa banjir. Kiranya masa tu Kg To' Dokang ni masih betul2 suasana kampung.

Arwah ma dah lama pergi..lebih 10 tahun rasanya, dan kini abah pula menyusul. Abah dan ma ni sangat baik orangnya...Allahu, sebak pula bila mengenangkan kenangan yang berlalu. Saya dan kakak banyak melakarkan kenangan manis dalam keluarga ma dan abah..kami dikelilingi oleh satu famili besar yang sangat baik, dengan bilangan anak2 ma dan abah yang ramai, kiranya mak saudara yang ramai, sebab semua anak ma perempuan, sorang saja lelaki...kalau sebelah ayah dan mek kami ramai bapa saudara. Satu2nya mak saudara belah ayah, arwah Mak Tijoh telah lama pergi...pergi menemui Allah lebih 30 tahun lalu.

Sesekali merenung masa yang lampau, sayu dan sebak rasa di dada mengenangkan seorang demi sorang ahli keluarga pergi dijemput Allah. Dalam hati berbisik "Ya, mati itu pasti, cuma kita tidak pasti bila masa kita."

Hati berdetik "Allah, saat semakin hampir sebenarnya". Tika ini mendengar nama orang lain yang dijemput, dan melihat jasad orang lain yang terbaring kaku sementara urusan jenazah diselesaikan, dimandi, dikapan, disolatkan, dan dikebumikan. Nanti (saat yang tidak diketahui) akan tiba pula saat di mana nama kita pula yang disebut orang telah meninggal dan kita akan melalui saat dimandi, dikapan, disolat, dan dikebumikan. Allahuakbar bayangkan masa tu kita tidak lagi seperti kita sekarang. Kita pada masa itu adalah "jenazah" yang akan dibawa ke perkuburan, tempat bersemadi abadi sementara sangkakala Allah ditiup sebagai tanda "dunia akan berakhir".

Kembali kepada abah...

Doa kami titipkan buat abah. Semoga segala dosa abah diampunkan Allah, kubur abah dilapangkan dan diluaskan Allah dan abah dihindari dari seksa kubur. Damailah abah di sana menemui Pencipta. Ma juga telah sekian lama menunggu abah di sana. Kami redha melepaskan abah kerana kita semua adalah pinjaman Allah di dunia sementara ini. Tiba masa nanti kami menyusul. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh abah.

Abah akan sentiasa dalam ingatan kami...

AL-FATIHAH.


anggerikdesa
RZH



Comments

  1. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
    Inna lillahi wa inna ilahi raji'un.

    "Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali"

    اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ
    “"Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"
    "Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia."

    Al-Fatihah...
    بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
    ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
    مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

    Aamiin..Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Tkasih sdra Wan Ali sudi singgah ke blog anggerikdesa. Salam Hormat.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke...