Saya ni sebenarnya bukan jenis suka menonton tv dan bukan penggemar atau pencinta drama atau filem. Hanya waktu2 tertentu saja menonton..boleh dikira la sebenarnya.
Tapi nak dijadikan cerita, entah macamana pula lima tahun lepas saya "terjebak" dgn cerita TLU ni. Terus teruja dan suka sangat! Watak El tu memang watak yang saya suka agaknya. Watak jenis manja, happy go lucky, gila-gila dan bila serius, memang betul-betul serius...bila marah pula memang betul-betul marah....kita pulak yang suspen. Ikhlas betul watak yang digambar melalui El ini...memang betul-betul menjiwai wataknya. Ya, betul dalam hidup ini apa jua yang kita buat, jika penuh dengan keihklasan dan kejujuran maka hasilnya juga memang superb!
Dua minggu lepas nak dijadikan cerita, seperti biasa kalau sesambil rehat, tabiat saya memang suka scroll down di youtube, kalau jumpa perkara menarik perhatian saya, maka saya akan singgah baca. Tiba-tiba muncul di screen saya episod Drama TLU ni. makanya mula la teringat kembali kisah dan jalan cerita drama TLU ni.
Sudahnya sangkut la pula ulang menonton. Aduhai, bermula la semula satu demi satu episod ditonton...aduhhh, yang peliknya memang tak jemu langsung walau ulang tgok banyak kali. Kena betul rasanya cerita ni dengan jiwa saya. Rasa damai dan tenang bila melihat gelagat dan keletah El dan Kyra ni. Pandai sungguh keduanya membawa watak ni. Saya memang ulang tengok berkali2 ada beberapa part yang memang best. Contohnya part di Airport, El sengaja langgarkan trolinya dengan troli Kyra, part terlanggar dan tertumpah mee kari kat baju Kyra di restoran El, Part El kantoi dengan abangnya di Pejabat Kyra, dan part EL berjaya membawa watak serius yang cukup suspen di banglo kat Cherating pada episod akhir tu.
Begitu juga Elizat yang membawa watak Kyra Lydia. Wahhh benar-benar menjiwai wataknya sebagai seorang wanita yang ego, sombong, keras hati dan penuh dengan dendam. Namun akhirnya tewas juga dia untuk mempertahankan keegoaan dek keikhlasan dan ketulusan hati El yang cukup hebat.
Secara peribadi, ini adalah antara drama bersiri yang saya paling suka. Tak banyak pun sebenarnya drama-drama Melayu sekarang yang menarik perhatian saya sebab saya ni bukan jenis yang suka menonton TV. Ada satu lagi drama lama dulu juga (lebih kurang sama dengan TLU), adalah Drama bersiri "Asam Pedas Untuk Dia" juga berjaya menarik perhatian saya. Drama-drama yang saya suka ni saya akan tonton di youtube atau channel lain ataupun mencari episod penuh di youtube dan saya akan menontonnya mengikut kesesuaian masa saya. Saya memang bukan jenis menunggu tayangannya di TV (memang masa saya tak sempat untuk itu kerana untuk menonton ni, saya perlu ikut masa saya dan bukan terikat dengan masa yang ditetapkan untuk siaran drama berkenaan). Makanya kena pandai-pandai lah cari, sama ada beli CD, langgan drama online, ataupun youtube (jika episod penuh ada di youtube)
Berbalik kepada cerita TLU ini, memang pandai betul Ungku Ismail dan Elizat menjiwai watak, sehinggakan watak mereka berdua cukup meninggalkan kesan kepada penonton. No wonder la Ungku Ismail dan Elizat ini memang ramai peminatnya. Semasa tayangan TLU ni, kedua-dua pemain watak ini memang cukup popular dan digilai oleh peminat mereka...Drama TLU pada masa ini memang hebat bagai "Tsunami" sekejap. Drama ini telah mengangkat nama ungku Ismail dan elizat ke satu puncak yang mempunyai kelasnya yang tersendiri. Sehinggakan selepas itu, pihak Penerbit masih request untuk keduanya bergandingan lagi.. tahun lepas keluar pula Drama "Aku yang kau tinggalkan" yang dilakunkan oleh keduanya. Dan terkini rasa saya ada satu lagi drama, iaitu Drama Adellea Sofea yang watak utamanya masih Ungku Ismail, walaupun heroinnya bertukar kepada Mira Filzah...
Saya baru dua minggu lepas berkesempatan menonton Drama "Aku yang kau tinggalkan". Haishhh, tengah-tengah dok kalut di kemuncak tugas-tugas di pejabat yang tak menang tangan, tiba-tiba muncul pula drama ini di pandangan mata. Rasa keterujaan dan tak sabar nak melihat penangan Ungku Ismail dan Elizat ni, makanya mencuri lah sedikit masa di rumah untuk menonton drama ini, walaupun dalam kesibukan kerja-kerja ofis yang dibawa balik ke rumah. Woww memang sedap jalan ceritanya. Dan sekali lagi Ungku Ismail dan Elizat tidak mengecewakan saya. Hebat lakunan keduanya. Hehe, saya sebenarnya baharu tahu aje drama ini walaupun ia telah ditayangkan di TV1 pada tahun lepas. Tahu ni pun sebab saya rasa teringin pula nak menonton karya terkini Ungku Ismail. Justerunya, sengaja saya mencari di Youtube kot-kot ada cerita-cerita lain yang dilakunkan oleh Ungku Ismail. Itu yang keluar cerita "Aku yang kau tinggalkan" ini.
Penghujung celoteh ini, sekadar menitipkan bahawa setiap apa yang kita tonton, ambil lah manfaat manfaat daripada drama-drama yang ditonton ini. Selain daripada merehat dan menyantaikan minda, plot cerita drama-drama ini membawa banyak pengajaran dan peringatan untuk hidup kita. Menonton ini bukan sekadar untuk kita berhibur semata-mata, tapi ambillah segala apa yang ditonton itu sebagai ilmu, pengajaran dan teladan dalam kehidupan realiti.
Sekadar bicara santai,
anggerikdesa
RZH
Comments
Post a Comment