Skip to main content

Kuih Kaswi Lembut & Sedap

 


Petang hari minggu ni, buat kuih kaswi.
Kebetulan memang teringat nak makan. Petang ni hujan2 pula memang kena sangat lah untuk buat minum petang.

Sebelum bercerita tentang cara buat kuih kaswi ni, saya nak bercerita dulu bab mengukus. Kalau mengukus, memang saya suka  kukusan pesen orang lama klasik sebegini...baru feel😂. 

Mungkin dah tak ramai orang sekarang yang guna kukusan mcm gini...kalau peringkat "mak-mak" mesti nak kukusan pesen gini juga..hehe.

Kukusan tradisional macam gini memang akan bagi mood seakan kita sedang berada  di kampung...masa dok kat kampung dulu2 memang guna kukusan klasik macam gini..

Makanya petang ni siap lah kuih kaswi lembut "meliut lentok gedik-gedik" atas pinggan hidangan.

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya.

Bahan-bahan:
1. Dua cawan gandum
2. Satu cawan tepung ubi/tepung beras
3. Dua cawan air
4. Tujuh helai daun pandan blend dgn 3 cawan air. Potong2 dulu daun pandan sebelum di blend. Tapis ambil airnya.
5. Satu setengan cawan santan pekat.
6. Satu setengah cawan gula
7. Sedikit pewarna hijau
8. Setengah sudu kecil kapur sirih dibancuh dengan sedikit air.

Cara-cara:
1. Campur semua bahan. Kacau rata. Boleh blend unk beri adunan tidak berketul2. Tapis guna tapisanpun boleh. Selepas semua selesai, tuang dlm loyang. Sapu sedikit minyak masak pada loyang agar kuih tidak melekat sangat.
2. Panaskan dulu kukusan.
3. Kukus selama 45-60 minit.
4. Sejukkan dulu adunan sebelum dipotong.
5. Gaulkan dengan kelapa parut yang diambil bhgn putihnya saja. Kelapa ini digaul dulu dgn sedikit garam untuk berikan rasa lemak2 masin kelapa yang menyaluti kaswi nanti.

Selesai semuanya, maka bolehlah dihidang untuk dinikmati seisi keluarga.

Selamat mencuba.


anggerikdesa
RZH



Kelapa yang digaul sedikit garam


Kukusan pesen tradisional klasik



Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...