Skip to main content

Nasi Air Sedap Cara Kelate...

Hujung minggu kembali lagi. Sudah pasti banyak perkara yang ada dalam fikiran untuk dilunaskan. Dalam masa yang sama perlu get some rest juga la untuk recharge energy. Makanya checklist dan meletakkan priority macam biasa perlu digunakan.

Dalam kekalutan 'mengejar' banyak perkara, tetap juga memberikan perhatian kepada "menu tertunda" ini. Sejak last week lagi memang teringat nak makan tapi tak sempat juga membuatnya. Hari ni kena jadi juga. Beras nasi air siam yang dibeli masa balik kampung tahun lepas masih belum disentuh lagi...dah almost a year okey...hmmmm.

Pagi ni, di awal pagi dah masuk dapur menyediakan menu "Nasi Air" ni. Makanya, "tung tang tung tang" kat dapur. Akhirnya beras nasi air siam yang sudah lama dibeli ni dpt dimasak juga😂.

Di Kelate meme top la menu ni... Bahasa surat untuk nasi air ni "Bubus Nasi" atau bahasa antarabangsanya "porridge". Menu ni perlu ada lauknya. Macam2 lauk boleh bubuh dalam menu ni, dan saya memilih lauk apa yang ada di rumah saja, telur goreng hancur, ikan bilis, ayam, telur masin, ikan masin, dan ofcos sambal kicap wajib ada. 

Alhamdulillah, selesai menunaikan niat yang tertunda untuk buat menu ni. Sedap la kalau mengikut citarasa saya. Gitttchewww.

Buat nasi air ni simple saja sebenarnya cuma perlukan masa sbb byk condiments nya yg perlu disediakan.

Beras nasi air siam tu saya tanak dua pot aje dgn air 10 pot. Masak sepertimana kita masak nasi biasa tu. Cuma untuk jadikan nasi air, tang air tu kena lebih la.

Lauk-pauknya tu, untuk telur goreng hancur campur dgn bawang holland yang dimayam dan cili api yang dipotong kecil. Guna minyak sikit untuk menggoreng. Masukkan bawang holland dulu, bila dah garing, boleh masukkan telur dan cili api. Kacau hancur. Boleh letakkan sedikit garam dan sedikit gula saja (gula ni hujung sudu saja, tak mahu letakpun tak mengapa).

Telur masin tu rebus macam biasa. Ikan bilis juga sama goreng mcm biasa cuma lebihkan sikit tang garingnya. 

Manakala ayamnya pula dibuat sup. Sup ini macam biasa kita membuat sup la. Boleh dengan cara masing2. Bagi yang ingin ikut resepi sup saya, juga saya tuliskan di bawah.

Cara buat sup. Basuh bersih ayam, potong halus. Guna dalam sebelah ayam. Empat lima ulas bawang putih ditumbuk pecah2. Halia sebesar ibu jari ditumbuk pecah. Tumis keduanya guna sedikit minyak. Tumis terus dgn rempah empat sekawan. Kemudian masukkan air dan masukkan ayam. Masukkan sup bunjut dan setengah sudu besar lada hitam yang ditumbuk pecah. Biar mendidih. Masukkan garam dan perasa. Masukkan sedikit air asam jawa. (Tapi sup kali ni sebab purposely untuk buat Nasi Air, maka saya tak masukkan air asam jawa, tapi saya gantikan dgn sedikit cuka, mungkin dalam dua sudu. Kalau tak mahu letakpun tak mengapa). Masak dlm lebih kurang 15 ke 20 minit atau sehingga ayam lembut dan masak sepenuhnya. Siap! 

Selesai semuanya, bolehlah dihidangkan dan dinikmati. Memang marbeles..wajib cuba!














Saya juga share di sini cara membuat sambal kicap nya. Sangat simple. Tumbuk bawang putih (guna sikit saja, ambil ulas yg paling kecil) dengan 7 tangkai cili api. Tumbuk lumat. Masukkan sedikit garam, dan tiga sudu besar gula. Tumbuk semuanya lumat, gula dah halus dan kemudian masukkan kicap agak2 menenggelamkan separuh lesung tu (dalam anggaran setengah cawan). Golek2kan alu lesung dalam lesung tu, untuk pastikan gula dah hancur dan larut dalam kicap tu. Done!

Nasi air ni memang sedap dan membuka selera makan. Jika rasa hilang selera dan sesekali inginkan menu yang berbeza, makanya boleh cuba menu ini.

Kalau ore Kelate, masa makan nanti, boleh perah limau atau letakkan sedikit air cuka, bagi rasanya ada masam2 sikit. Saya terus letak sedikit cuka dalam sup, kalau purposely masak sup untuk Nasi Air ni.

Selamat mencuba!

anggerikdesa
RZH






Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke...