Teringat masa di kampung dulu, kalau musim banjir memang sedap sangat jadinya jepput ni. Ya..la kita tak dpt ke mana-mana, terkepung dengan air...makanya setiap pagi menu drpd tepung gandum la yang menjadi pilihan. Dan jepput ni pula memang sedap...makanya onzzz la kan.
Mengimbau zaman2 banjir di kampung dulu. Bahan-bahan asas yang wajib dan mesti ada di rumah adalah beras, tepung gandum, ikan kering, telur, ikan sardin, dan ikan bilis. Pelbagai jenis ubi tu memang ada disimpan, untuk buat ubi rebus atau kuih2. Tepung gandum tu untuk buat pelbagai jenis menu seperti lempeng, jepput, dan kuih-muih lain yang hampir 90% menggunakan tepung gandum.
Bercerita tentang banjir, kalau musim banjir, rumah kami tak pernah naik air, tapi kami tetap terkepung tak boleh pergi mana2 juga sebab kebanyakan kawasan ditenggelami air.
Berbalik kepada menu jepput ni, bagi yang nak menu breakfast yang simple2 dan sedap mcm gini, boleh la buat...hanya tiga bahan utama saja, tepung gandum, bawang holland dan "secekok" ikan bilis, dan ofcos la sedikit garam. Secekok tu bahasa kelate, membawa maksud segenggam.
Kami orang kelate ni bila buat jepput ni akan cicah dengan pencicah yang ada dijual di kelate. Apa2 brand pencicah pun okey. Rasanya lebih kurang sama...pencicah ni rasa dia manis dan masam. Kalau rajin boleh buat sendiri. Hanya cili merah, secoit bawang putih, cuka, garam dan gula. Blend semuanya dan campur dengan air dan masak atas api sehingga mencapai kepekatan yang kita nak. Masukkan sedikit tepung beras/tepung gandum/tepung ubi untuk bagi kuah tu likat atau pekat sikit.
Makanya siaplah menu mudah for breakfast. Sedap dimakan dan cukup ringkas untuk disediakan.
anggerikdesa
RZH
Comments
Post a Comment