Skip to main content

Terapi Diri Bersama Alam...

Image result for bersatu dengan alam quote

10 Oktober 2019
#TerapiDiriBersamaAlam
#BersatuDenganAlam


Setiap hari, bila nak keluar kerja latih diri dan set minda kita yang "kita keluar bekerja itu niatnya kerana Allah"...apa saja yang kita lakukan niatnya hanya kerana Allah...ikhlaskan diri dan sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri...bermonolog la dgn diri untuk mencari ruang kelemahan yang perlu diperbaiki...dan dalam masa yang sama memohon petunjuk dari-Nya...saya dapati bahawa hati dan jiwa kita lebih damai dan tenang bila kita amalkan begini. Semua orang tahu tentang ini, cuma selalunya kita terlupa lafazkan niat itu...bisikan dlm hati atau dilafazkan secara perlahan..

Dalam perjalanan ke tempat kerja...pernah kah kita terfikir untuk bersatu dengan alam, yakni "menyapa, berbaik dan bermesra dengan alam" ...dgn2 makhluk Allah yang lain yang turut "hidup" dan bernafas" seperti kita. Berinterasksi dengan alam semesta dan memberikan respon kita kepada alam...kita perlu fahami bahawa alam semesta ini hidup, dan semuanya adalah gelombang energi.

Ilmu ini saya dapat dari kenalan baik saya, macam pangkat kakak la dia dgn saya...dia kata "setiap hari sapa lah...bermesra dan "berbicara" la dgn alam..."bermanja" la dgn alam...tenaga positif dari alam secara tidak langsung akan menyerap kpd kita dan menambahkan energi yang baik buat kita...

Ketika kita menyatukan diri kita dengan alam semesta, maka kita akan merasai kebesaran dan keagungan ciptaan Allah..dalam masa yang sama akan menguatkan keimanan kita dan kita akan mensyukuri setiap nikmat yang Allah berikan.

Dalam diam sebenarnya saya sudah pasang niat untuk mengikut terapi diri bersama alam dgn beliau...insyaAllah, Allah izinkan...supaya ilmu ini dapat saya dalami dan fahami hakikatnya...

Jommm kita cuba dan kita rasai keajaibannya nanti kepada badan kita...mari kita sama2 luangkan masa melakukan ini di sepanjang perjalanan kita ke mana-mana destinasi atau ke tempat kerja setiap hari sambil kita beristigfar dan berzikir... menikmati keindahan alam ciptaan Allah sambil berdoa dan berzikir...


Sekadar perkongsian jua,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...