Skip to main content

Cerita Lai Chee Kang...



Bila dapat memberi huraian tentang sesuatu...mmg bagai satu terapi diri. Terapi ni ada pelbagai bentuk...
terpulang kpd individu masing2...terapi diri untuk saya selain memasak adalah menulis...mmg suka bila dapat menulis...walaupun tulisan tak seberapa, namun ianya boleh  mendamaikan rasa dan menyegarkan minda...

Hokey, sebenarnya nak tulis pasal menu pilihan "lai chee kang" ni. Dulu2 saya tak suka sgt rasa lai chee kang ni...walaupun ia adalah pilihan yang sangat bagus untuk menyejukkan badan dgn campuran semua bahan2nya tu ....

Ada beberapa sebab mengapa saya tak suka:
1. Bau penyatuan bahan2 nya tu macam lain macam sikit dan saya tak suka bau mcm gitu.
2. Warna airnya macam cincau mmg confirm saya tak suka sbb saya mmg tak suka cincau
3. Sejenis rumpai bernama "biji/ pucuk kembang semangkuk" ni mmg saya tak suka rasa dia...bila kunyah mcm rasa kunyah plastik gitu...aduhai
4. Saya juga tak suka katira tu...bila kunyah macam ngilu pulak rasa dia.

Tapi semua "rasa tak suka" ni adalah cerita 20 tahun lepas masa saya masih dok jadi student lagi...haha masa tu mmg tolak tepi la kalau orang offer lai chee kang ni...beri free pun tak nak...amboiii kononnya...

Tapi kini rupanya semua itu telah berubah 360 darjah..sekarang ni saya suka la pula dengan lai chee kang ni...tiba2 rasanya sedap pada saya...rasa sejuknya dgn campuran pelbagai bahan terutamanya kacang mmg saya sgt suka...kalau Mr. Husband order lai chee kang saya la orangnya yang akan makan dulu dan habiskan semua kacang dlm nya...kacang ni  mmg kesukaan saya...biji kembang semangkut tu pun saya suka..juga bahan2 lain spt longan kering, buah laici, buah kundur kering...semuanya saya makan...campuran semuanya tu dilengkapi pula dgn kacang dan barli rebus...ditambah pula dgn kesejukannya...perghhh memang menggamit rasa sedap tu...ya mmg sedap! Menyejukkan tekak...nyaman terasa menghilang dahaga.

Begitu la juga analoginya dgn kehidupan kita ni...kadang2 sesuatu perkara itu boleh berubah mengikut perkembangan masa, usia, dan persekitaran kita. Dulu kita tak suka dan kini kita suka....Justeru, jangan kita cepat melatah atas satu2 perkara seakan mcm kita tak akan suka sesuatu itu selamanya...kita mungkin tidak menduga tiba2 kita berubah dan jadi suka pula...macam citer saya dgn lai chee kang ni la...

Kesimpulannya, kalau ada benda atau perkara yang kita tak suka tak perlu kita nak canangkan sgt... simpan saja dlm hati kerana mungkin suatu ketika nanti kita akan menyukainya pula.

Santai2 penulisan saja,
Sambil nunggu mata nak lelap😁
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke