Skip to main content

Hidup ini tidak rumit andai kita yakin kepada Allah...

Apa jua dalam hidup ini tidakkan mungkin kekal selamanya bersama kita. Semuanya akan datang dan pergi silih berganti "menemani" seketika perjalanan kita di dunia ini.

Apa jua dalam hidup ini akan berlaku dengan sengaja atau tidak sengaja. Berlaku memang tetap berlaku...sengaja atau tidak itu cerita lain...yang berlaku tetap akan berlaku...yang menjadi mangsa mungkin dilanda duka dan kekecewaan, manakala yang membuatnya mungkin bergembira dan bersorak.

Setiap detik setiap saat rasa suka dan duka itu silih berganti. Ujian Allah itu sentiasa datang...jiwa yang besar dan hati yang kental takkan mungkin goyah dengan ujian...untuk  memperoleh jiwa  yang besar dan hati yang kental kita perlulah sentiasa yakin dengan Allah. Yakin bahawa Allah menguji atas kemampuan kita...insyaAllah kita mampu mengatasi bila hati kita selalu mengutamakan Allah.

Jangan cepat bersedih dan kecewa atas apa jua yang berlaku. Sifat dunia memang begitu...kesedihan dan kebahagiaan itu bersilih ganti datangnya. Andai kita yakin di situ...insyaAllah kita akan sentiasa tenang...kerana pasti kesedihan yang datang pasti berlalu...berganti kebahagiaan...dan begitulah seterusnya bersilih ganti.

Jangan risau dan bimbang kerana Allah ada...mengadu dan meminta lah pada Dia. Yakin lah bahawa tiada lagi kuasa yang lain melainkan kuasa Allah untuk mengubah akan sesuatu.

Sentiasa ingat bahawa apa yang kita fikirkan baik untuk kita tidak semestinya baik di sisi Allah...begitu juga sebaliknya...justeru, sentiasa letak dalam hati bahawa apa jua yang Allah berikan kepada kita adalah yang terbaik buat kita...usah banyak soal, banyak merungut kerana rahsia Allah hanya Allah yang tahu...sebagai hamba-Nya kita redha dan teruskan kehidupan dengan penuh rasa bersyukur...insyaAllah segala rahsia Allah akan terjawab di kemudian hari.

Hidup ini sangat mudah, jadinya kenapa perlu dirumitkan. Yang penting lalui kehidupan kita ini di jalan yang Allah redhai dengan hati yang sentiasa bersih dan ikhlas.

Sekadar santai2,
RZH



Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...