Skip to main content

Melukut Di Tepi Gantang...

Image result for melukut di tepi gantang

Saya tertarik untuk membicarakan tentang perumpamaan "Melukut di Tepi Gantang"...ada cerita di sebaliknya mengapa tiba2 saya ingin menulis tentang perumpaan ini sesambil memahatkan ianya sebagai kenangan dalam blog saya ini tentang peristiwa yang berlaku.

Banyak perkara sebenarnya boleh ditulis tentang cerita "Melukut Di Tepi Gantang"...saya sekadar ingin mengupasnya secara umum sahaja.😁

Seharian tadi berkebetulan bersama team menghabiskan masa untuk satu task yang dipertanggungjawabkan. Dalam dok buat kerja bersama team..of course la ada gitu gini yang kita bualkan sebagai selingan...dan ada gitu gini juga yang tercetus atas karakter tertentu sehingga membawa kepada "konflik jiwa dan perasaan secara halus" bila perkataan "Melukut di tepi gantang" tiba2 voice out..
aduhai...

Jom kita tengok maksud "Melukut di Tepi Gantang". Perumpamaan ini bermaksud seseorang yang merasakan dirinya tidak penting, tidak berguna, tidak bernilai kepada orang lain kerana tidak memiliki sebarang pangkat, pengaruh, dan kuasa, merasakan dirinya tidak mampu untuk menghulurkan pertolongan kepada orang lain kerana dirinya sendiri lemah dan daif. Keberadaan dan kewujudan individu itu tidak dipedulikan dan tidak memberi makna.

Perkataan "melukut" itu sendiri bermaksud butiran beras hancur atau sisa-sisa, hujung-hujung beras yang patah atau habuk-habuk beras. Manakala "Gantang" pula adalah ukuran kepada sukatan beras atau bijirin...jadi dalam proses menyukat beras atau bijirin, jika ada melukut di tepi gantang, ia tidak akan diambil untuk dimasukkan ke dalam gantang. Maksudnya ia tidak membawa apa-apa erti kepada beras yang telah berada di dalam gantang.

Hmmmm...agak berat juga la makna tersurat dan tersirat di sebalik perumpamaan ini...dan pada saya bukan semudahnya atau sewenang-wenangnya kita nak gunakan perumpamaan ini dan padankan dalam kehidupan kita atau kehidupan orang lain...kerana itu, saya berpandangan bahawa penggunaan perumpamaan ini hanya berlaku atas sebab-sebab tertentu ...kebiasaannya ia berlaku tanpa sengaja.

Daripada pemerhatian saya perumpamaan "Melukut di tepi gantang" ini selalunya digunakan dalam dua situasi karakter manusia. Karakter manusia yang pertama adalah berkaitan dengan realiti sebenar kehidupan seseorang itu yang menjadikan dia sentiasa dalam keinsafan dan sentiasa merendah diri dan mengibaratkan dirinya sebagai "melukut di tepi gantang"...maksudnya dia memang betul-betul merasakan bahawa dia dalam kedaifan dan kesusahan dan tidak mampu untuk membantu orang lain, malah mendapat belas ehsan daripada orang sekeliling..penuturan individu ini berlandaskan keikhlasan dan kejujuran.

Karakter kedua adalah karakter manusia yang sedang dalam keadaan rajuk, berjauh hati, dan berkecil hati dengan sesuatu. Selalunya penuturan tidak dengan keikhlasan dan kejujuran. Penuturan dan pernyataan adalah lebih kepada "melepas rasa dan geram" dan "bertujuan inginkan perhatian". Tanpa sedar juga, ia membayangkan "konflik jiwa dan perasaan" yang sedang melanda diri seseorang itu...boleh juga kita sebut sebagai satu tanda yang individu itu belum lagi "move on" dari satu-satu kekecewaan yang dilalui.

Kesimpulannya pada saya, dalam kehidupan ini kita perlu berhati-hati dalam kita mempersembahkan/membawa diri kita di depan orang lain kerana apa jua yang keluar dari lisan kita dan tingkahlaku kita sebenarnya adalah refleksi daripada apa yang ada dalam hati dan fikiran kita. Orang sekeliling kita akan cepat "menghidu" dan "membaca" hati dan pemikiran kita...Sentiasa ingat bahawa kalau kita boleh menduga dan "membaca" setiap gerak-geri dan lisan seseorang, sudah pasti orang sekeliling kita juga bijak melakukan perkara yang sama. Apa yang terbaik sebenarnya adalah, dalam apa jua situasi yang berlaku, kita terus mengekalkan tahap profesionalisme. Bagaimana caranya..of course dengan cara "let go semuanya", "move forward", "open minded" dan "think positive".



Just my two cents,
RZH
7 Oktober 2019





Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke